Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 1 December 2012

When memories recall

Malam semalam hantar Maria ke airport. On the way balik, aku Dira dengan Wawa tiba2 terkeluar cerita dulu2. Tiba2 rasa rindu sangat, rindu pada kenangan, rindu pada orang2 yang menjayakan kenangan terindah tu :')

Masa sem 1, geng kitorang ada 10 orang. Ada Freyn, Mag, Affan, Hasif, Afiq. Masuk sem 2, dorang pindah UiTM. Berat nak lepaskan dorang pergi, tapi masing2 ada tujuan hidup masing2 kan.

Kitorang dulu memang kamceng gila. Buat kerja gila sama2. Kalau group assignment, mesti sekali. Dulu masing2 takde kenderaan sendiri lagi, kalau nak pergi kelas antara kelas, jalan kaki je. Tempat transit kitorang kat Bilik Muzik, library. Bukan menyanyi, tapi tidur time gap kelas. Susun kerusi, then zzzzzz.

Kadang2 on the way ke kelas, singgah kandang kuda, main dengan kuda, tangkap gambar dengan kuda -_-''

Lepas tu pantang ada masa terluang sikit, mesti keluar, kadang2 tanpa arah tujuan. 1st time nak keluar, kitorang ingat nak naik bus, ramai2 kat bus stop. Tunggu lama gila, bus tak muncul2. Then decided nak sewa kereta. Nak sewa van, sebab senang sumbat semua terus. Bila call abang van, dia cakap, ni van angkat barang dik haha. Kelakau gila. Bila bus datang, semua naik, tapi turun balik, Freyn je terkandas atas bus sorang2. Nak taknak kene sewa jugak kereta nak pergi ambil dia kat Changlun. Naifnya time tu :'D

Kitorang pernah overnight jugak. Bila da tak tahu buat apa, parking kat Tesco. Time tu Tesco da tutup. Budak laki lepak luar, perempuan duduk dalam kereta, tidur haha. Sekali ada kereta peronda polis datang. Mungkin kitorang mencurigakan. Haha. Lepas sembang2 polis tu pun bla, kitorang pun bla ke Petronas sebab polis cakap tempat tu bahaya. Memang takde kerja cari kerja.

Kitorang pernah main futsal sama2. Lepas tu kena tegur tak boleh main laki perempuan haha. Budak2 lagi time tu, tak kisah semua tu. Yela, kitorang bukan main ganas siap berlanggar terjatuh dan terpeluk pulak, passing2 macam tu je. 

Kalau bab makan jangan cerita la. Beli dua mangkuk besar ais krim, makan rebut2. Rebut marsmallow paling ganas, da nak suap sudu ke mulut pun boleh kena rampas lagi. Pernah kitorang duduk ramai2 dekat cafe, main pas2 air. Sorang akan kira 1 2 3, then pas la air tu kat siapa kau nak. Suka ke tak, tetap kena minum air tu walaupun seteguk. Then kira balik, pas balik, laju2 pulak tu. Ada yang beli air anggur, air mangga, air kiwi, nescafe, milo. Mana tak bergelodak perut aku T____T

Banyak sangat kenangan dengan dorang. Bila dorang pindah, tinggal aku, Cha, Maria, Wawa and Dira je. Aktiviti pun da berkurang sebab semua perempuan kan, tak boleh nak buat benda gila sangat.

I miss you. I miss us. Walaupun kita jauh, aku tak pernah lupa korang. Walaupun jarang contact sekarang, aku still sayang korang :) I wish all the best to all of us for our future ;)

Rumah aku dengan Affan dekat jugak, dalam 15minit. Kalau cuti ada jugak jumpa dia. Mag dengan Afiq walaupun duduk Ipoh, jarang jugak jumpa :( Hasif lagi la duduk Kelantan -_-''. Freyn duduk Selangor. I hope one day, we can gather again, do all the stupid stuffs together, laugh together, create memories together :)

******
Da masuk akhir bulan 2012, cepatnya masa berlalu. Semua berjalan macam biasa, Alhamdulillah, harap begitu sampai bila2 :) Dan harap ada 'hadiah' di masa akan datang :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance