Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 14 December 2012

sembang sorang2 #9

Rabu lepas hari last test aku. Sem ni memang hectic gila! Da nak dekat final ni pun banyak lagi assessment yang menunggu. Perghhhh! Menduga betul.

Minggu ni je, tiap malam ada kelas. Balik bilik terus bukak laptop buat kerja (sambil tengok movie). Stress aku! Aku memang tak suka hidup busy2 sangat ni :P

Esok insyaAllah nak pergi kenduri kahwin. Kawan MRSM aku pun ada kahwin esok, tahniah Fify :) Cakap pasal kahwin, siapa tak nak kahwin ye dak? Tapi bila selongkar lebih dalam, tengok itu tengok ini, belek2 lagi, aku memang TAK bersedia langsung nak kahwin dalam masa terdekat. Biarlah aku da ada kehidupan stable dulu, da pandai masak sambil pejam mata, da ada income masuk tiap bulan, da ada jadual hidup yang teratur.

Bila fikir pasal kahwin je aku jadi takut, takut memikirkan komitmen, takut memikirkan tanggungjawab. Dulu kemain rasa nak kahwin, tapi sekarang, eh takpelah biarlah dulu. Bukan senang nak bagi komitmen dalam keadaan hidup aku yang terumbang ambing lagi ni. Bunyi kahwin tu memang sedap, tapi isi sebaliknya bukan senang nak dikupas. 

Kenapa tiba2 melalut pasal kahwin? Muahahha

Cepat lah habis final, cepatlah habiskan semua burden ni. Da senget bahu aku memikulnya, otak senget sekali. Allah, berikan aku kekuatan, permudahkanlah Ya Rabb. Aameen

Manusia berubah kan? Dulu kau rasa kau paling kenal dia, tapi sekarang boleh jadi dia totally stranger to you. Siapa engkau? Kenapa kau boleh berubah macam ni sekali? Mana pergi engkau yang dulu? Apa sebab yang buat kau jadi orang lain ni?

Apa yang kat belakang, aku da totally tinggal. Aku tak bawa rasa sakit, sedih atas bahu aku. Buat berat je. Banyak lagi benda yang worth untuk aku pikul. Contohnya; cinta. :) Jangan kecilkan pemikiran bila aku sebut cinta. Cinta tu universal, lagi universal dari universal studio. What will be, will be.

Jadi manusia ni jangan pelik sangat. Jangan sampai orang cakap kat kau 'eh manusia macam ni pun ada ke?' Jangan siang bertudung labuh, malam bertelanjang bulat. Ini pun nasihat kepada diri sendiri jugak.

Seorang sahabat ada cakap;
Well when you do something to impress people no to impress Allah, Allah akan bukak juga benda tu. People will see.
:) Fikir2 kan lah. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance