Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 9 December 2012

Red velvet, Varsity Mall, UUM

Sekarang ni aku tengok, bukan je pakaian jadi trend, makanan pun jadi trend. Yang trending sekarang, durian crepe. Aku bukak FB bersepah pasal durian crepe, berwarna-warni. Pelik jugak aku makanan boleh jadi trend, tekak 1 Malaysia ke macam mana? Universal jugak pengaruh Najib ni haha

Nasiblah aku bukan bangsa suka kan durian, so kita biar dulu orang meroyan update pasal durian crepe. Aku tengok harga dia boleh tahan mahal, sebab kalau ikutkan bahan takdelah mahal sangat. Lagipun sekarang musim durian, selonggok RM10 pun boleh dapat.

Lagipun aku bangsa ketinggalan zaman. Time orang sibuk terkinja-kinja nak jadi up-to-date, gua relax je dulu, gua relax. Orang sibuk update pasal durian crepe, aku baru dengan machonya pergi beli red velvet. Baru tak berebut, baru aman hidup gua. Aku tak suka la nak up-to-date untuk benda2 pelik ni.

Aku tahu dulu red velvet ni pun pernah trending kan? Habis makcik jual petai pun nak tukar profession jadi pembuat red velvet. Aku kek2 ni kureng sikit. I makan kek secret recipe je uolsss (tiup2 kuku, gosok2 dekat lengan baju) haha sila penerajang aku. Tapi betul la, aku kek ni memang memilih huhu. Kek SR pun aku tak makan semua, aku suka cheese dengan White Choc Macadamia je. Chocolate? Urghhh kampung sangat! hahaha. Aku benarkan korang penerajang aku lagi sekali.

Untuk pengetahuan semua, aku suka warna merah. Lantak la korang nak tau ke tak, janji sekarang korang da tau hehe. So bila ada kek warna merah, dia meningkatkan kadar keterujaan aku untuk memilikinya. And aku dapat tahu kat V Mall UUM baru bukak kedai kek and ada Red Velvet. Terus la aku beli.


Urghhhh! Why so sexy? Rasa sayang nak makan *tutup bekas, stapler balik haha. Ok tekak aku boleh terima rasa dia. Tak tahu la betul ke tak rasa Red Velvet macam tu, 1st time makan kan, I kan ketinggalan zaman. Berbaloi la untuk harga RM4.50 1 slice, so tak boleh la nak expect sesedap SR kan? Kenapa SR tak buat red velvet ha?

Kenapa sejak dua menjak ni aku asyik update pasal makanan je? -_-. Diet Nadia diet!


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance