Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 22 December 2012

Perempuan, kena ada harga diri

comel tak gambar ni? comel kan? Kan? Kan?! (paksa cakap comel)
Gambar ni Cha jumpa kat tumblr kot. hihi
Teringat mak ayah kita, kalau gaduh2 manja macam ni la kan?
Konon merajuk, marah tapi caring.
Auwww so sweet.
May Allah grants our parents Jannah :)
-Gambar hanya mukadimah yang takde kena mengena dengan entri-

Aku ramai kawan perempuan. Alhamdulillah, antara ramai2 tu aku takde kawan yang obses dengan laki.  Kitorang cool. Setakat nampak laki handsome and tengok2 tu adalah kah kah kah.

Obses di sini bermaksud sukakan seorang lelaki melebihi segala apa yang ada dalam dunia. And aku pelik dengan orang macam ni, tak malu ke? Tak salah suka kat orang, aku pun ada suka kat orang *opss* tapi pandai2 la simpan, tak payah bagitau 1 dunia, tak payah kejar laki tu sampai peluk2 kaki dia.

Kalau aku, aku ada ego aku sendiri. Aku tak pernah start message laki, kecuali ada hal kerja. Kalau saja2 nak 'Hai! hihi you buat apa tu? I ganggu tak? hihi' Pergi mamp. Call apa ntah lagi, lagipun aku bukan jenis manusia rajin call orang, call mak ayah je aku buat selang sehari.

So aku pelik bila ada perempuan yang obses pada laki. Yang kalau tak dapat laki tu nak bunuh diri, cari laki tu kat setiap pelosok dunia, contact family dia, contact kawan2 baik dia, contact cikgu tadika dia semata-mata nak tahu laki pujaan tu tengah buat apa. Nak tahu laki pujaan dia tengah dating ke apa. Kalau tengah dating dia meroyan ibarat laki tu suami dia dan sedang menari dengan GRO, padahal laki tu boyfriend dia pun bukan.

Sanggup beli apa saja untuk laki tu. Kat sini laki boleh ambil kesempatan. Kau tau kan setengah laki kadang2 perangai macam hanj sikit. Aku pernah je tengok laki nak kat perempuan tu sebab duit. Keluar dating tak pernah laki keluar duit, duit topup semua duit perempuan tu, even dia nak pergi dating dengan perempuan lain pun dia mintak duit perempuan tu (perempuan tu tak tau la laki tu buat apa dengan duit dia)

Ni la salahnya obses. Kau senang diperdaya. 

"Yang, tolong bank in kat I 2k now, urgent. Nenek I perlukan duit tu, nak buat pembedahan otak"

Nenek kau pembedahan otak 2k je. Perempuan tu pun, da bengap sayang obses punya pasal

"Yeke B? Alala siannya you. Jap eh, I transfer guna maybank2u, kejap je"

Yang kau nak kesian kat dia kenapa? Nenek dia yang kononnya sakit la! 

Lagi haru siap ada fitnah orang lain sebab nak perhatian laki tu. Mulia sangat ke laki yang kau obses tu sampai kau sanggup buat benda yang lagi dosa dari membunuh?

Da dia taknak tu da la. Be confident, that you are beautiful, deserve better, not that cheap. Laki ni dia suka perempuan jual mahal, perempuan yang obses dengan dia, selalunya dia buat main je -_-'' Kalau betul kau suka laki tu, kalau kau rasa tak mampu lagi kahwin, doa. Kalau tak dapat laki tu satu hari nanti, mesti dapat laki yang lagi baik dari dia. Kalau rasa da mampu kahwin, ajak mak ayah pergi meminang laki tu bahahaha. Funny, but it can be true :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance