Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 6 December 2012

My last add drop. InsyaAllah :D


InsyaAllah ni subjek yang akan aku amek sem depan, dengan maksud lain, antara subjek2 terakhir aku ambil kat UUM. Yadaaabedabeduuuuu *menari tango sambil petik gitar

Ya Allah, permudahkan segalanya, permudahkan urusan aku dengan kawan2 untuk lulus dengan cemerlang, untuk grad pada masanya, supaya takde paper yang sangkut. Aameen

Subjek sem depan;

  • Criminal Procedure II
  • Civil Procedure II
  • Evidence II
  • Jurisprudence II
  • Professional Practice II
  • Probate
Semua ada II, yang I aku tengah ambil la sekarang ni. Doakan aku lulus I, so aku boleh ambil II tanpa sebarang masalah. Kelas aku paling lambat habis pun pukul 11malam huahuahua. Aummmm (takde motif). Maksud aku kelas pagi, pun habis pukul 11. Petang boleh bersenang-senangan dalam bilik (harapan). Yang aku pelik kenapa subjek Evidence II hari Selasa pagi, Evidence II patut lawyer yang ajar, takkan tiap hari selasa dia tak masuk court? Ataupun takkan tiap hari selasa kitorang takde kelas? Muahahaha


Da last add drop ni, gembira ada sedih ada touching ada lawak ada. Gembira sebab tak lama lagi nak keluar dari UUM ni (fuhhh), sedih sebab berapa bulan je lagi nak hidup dengan kawan2. Touching tak tahu sebab apa haha. Lawak bila ingat sem2 awal dulu, punya la susah add drop. Time tu banyak subjek nak kena rebut. Pukul 8 pagi da bangun semata nak rebut subjek. Pernah sewa kereta semata-mata nak add subjek dekat Changlun, konon line ok kat situ. Lepas tu pergi Jitra makan nasi (tu niat kau sebenarnya kan, Beron?)

Sekarang memang tak payah rebut sebab memang kitorang je yang nak ambil subjek ni. Kalau ada junior nak rebut pun, senior akan diutamakan, sebab kitorang nak grad tahun depan (muka bangga, hidung ke atas) haha.

Morning person sangat aku sem depan. Kalau ye la nak pergi semua kelas mwa ha ha ha.

Oh hari tu aku pergi beli nasi. Time baru nak naik motor, aku dengar ada orang sebut plat motor aku. Aku pandang la, tengok sorang pakcik. Haisehh ingat abang handsome tadi haha. Aku senyum la kat dia

Pakcik : da sem berapa da?
aku : 7
Pakcik : oh last sem la kat sini?
aku: eh tak, sem depan kat sini lagi.
Pakcik: oh extend ke?
aku: T___T. Eh tak, course saya memang 8sem kat UUM
Pakcik: oh yeke? Semoga berjaya ye
aku: *senyum. Terima kasih

Tak ramai tahu UUM ada course 8 sem, sebab kebanyakannya 6sem je, kalau ada pun 7 sem, sem ke-8 praktikal. And tak ramai jugak tahu UUM ada law course. Biasalah, kami humble huk huk huk. Kalau ikut tahap ke-senior-an, batch kitorang lah paling senior sem depan, walaupun bukan kitorang yang paling tua kiki. Junior2, sem depan kalau nampak aku tengah merempit, sila beri laluan, kalau tak aku langgar! Aku kan senior bababa babanana bananaaaaaa potatoooo aaaaaaaaaa. Ok aku dah gila walaupun belum start study untuk final.


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance