Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 1 December 2012

Mooting Syariah 2012

Semalam ada mooting Syariah kat UUM. Geng aku semua masuk. Wawa, Maria, Cha jadi mooters. Aku dengan Dira researchers. Tapi Cha group lain, sebab dia nak dalam 1 kumpulan 2 mooters and 2 researchers. Melampauu nauu kalau pakai 3 mooters dalam 1 group, ingat handle kes Sosilawati ke?

Apa itu mooting? Wah macam blog berilmiah pulak. Mooting tu macam perbicaraan dalam court (olok2), lawan antara plaintiff dengan defendant. Semalam kitorang jemput Hakim2 Syariah seluruh negeri Kedah untuk jadi Hakim mooting kitorang -_-'' Memang la untuk jadi hakim, takkan jadi Bailiff. 

Kalau Syariah mestilah bab gaduh suami isteri. Gaduh nak anak la, nak harta la. Sebelum kahwin kemain harta I harta you jugak sayanggg, da bercerai woi bak balik harta aku. Buruk siku! haha

Kumpulan aku mewakili Plaintiff. 1st round lawan kumpulan Cha, 2nd round lawan kumpulan Kak Farah dengan partner dia Anna. Pemarkahan bukan dari segi hujahan je, tapi semua diambil kira; cara hujahan, hujahan bertulis, ikatan autoriti, kecantikan.

Alhamdulillah group aku dapat masuk final. Un-sangka-rable. Terkejut kot, sebab tak yakin, kumpulan lain pun hebak2 gak. Sesi pagi aku datang pakai jeans je, bila da dapat masuk final round, dorang suruh tukar pakai baju formal sebab takut nak guna 3rd lawyer. Time tu pukul 2.10, nak start pukul 2.30. Hah memang macam pelesit terlebih sayap la aku pecut motor aku, dengan nak solat lagi

Sampai satu tempat, tengah2 jalan penuh budak laki. Baru aku teringat orang balik solat Jumaat. Aku terpaksa brek megejut, dorang pun tergamam. Aku just sengih, angkat tangan, dan bagi dorang ramai2 seberang jalan dulu. Fuhhh, nasib gua tak langgar bakal2 suami orang tu.

Final went well. And Alhamdulillah again, group aku jadi Johan and insyaAllah sem depan wakil UUM untuk kebangsaan. Kawan2 semua ucap tahniah. Thank you korang :) Tapi aku as researcher bukan buat apa sangat pun haha. Wawa and Maria yang berusaha, aku tolong sikit2 je, cari bahan sikit2.

Tahniah to all groups! You did a very good job. Even ketua Hakim Syariah Negeri Kedah pun puji kita, beliau cakap kita tunjukkan improvement yang banyak :) I'm proud of us.

defendant v plaintiff

1/3 of my classmates :) 

selain memagang trophy, aku juga memegang kuih karipap dan cucur badak ketika itu. Jika suruh dipilh antara dua, kuih akan menjadi keutamaan ku. Trophy bukan apa sangat pun, interview kerja dia nak tengok sijil, bukan trophy. Kalau nak tengok trophies, memang adik aku punya trophy menang bola sepak pun aku bawa time interview nanti Mwa ha ha ha

marianurhawa & co :)

cik lawyer Aizadtul Amernurhawa. Gambar dengan cik lawyer Izzati Maria tak sempat nak ambil kat handphone dia semalam

Gambar dengan Cha tak sempat nak ambil. Perempuan tu pakai jubah semalam wooo. Bukan senang tu, sepurnama sekali. Haishh rugi tak sempat bergambar hahaha.



No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance