Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 3 December 2012

Merencana masa depan


Ewahh, Nadia da pandai fikir masa depan! Selama ni dia langgar je masa depan. Sebelum ni kan I gengster, sekarang da muslimah sikit kikiki

InsyaAllah aku akan habis belajar in 6 months time. Walaupun ada 2 lagi final exams yang nak kene tempuh, and sem ni ada subjek yang super duper nuper muper luper scaryeaahhhhh, insyaAllah my friends and I can make it through!

Jika diizinkan Allah, aku akan sambung chambering InsyaAllah lepas raya tahun depan. Chambering 9 bulan. Ada jugak kawan2 aku tanya chambering tu apa. Dia macam kau apply kat mana2 firm untuk jadi pupil kat firm tu, and ada sorang master (lawyer) akan guide kau sampai kau dapat certificate dari High Court untuk melayakkan diri kau masuk court untuk bicara kes (jadi lawyer la senang cerita). Giteww la lebih kurang.

Niat di hati ada jugak nak amek DSLP (Diploma Shariah & Legal Practice), 75.89% diri aku nak amek DSLP. Aku ingat nak ambil dekat UiTM Shah Alam je, UIA den tak mampu hehe. DSLP ada part time and full time. And both hanya ada kelas waktu weekend. Kalau full time, setahun, kalau part time 2 tahun. Sebab kelas weekend je, mesti la aku ambil time berkerja. Kalau tak, Isnin - Jumaat nak buat apa? Kalau ada anak boleh jugak dilayan haha

Kalau diizinkan firm aku nak ambil DSLP time aku chamber sekaligus, and aku nak ambil part time. Mungkin dengan workload nanti aku tak mampu nak ambil 6subjek 1 sem. Biarlah 2 tahun pun, janji cool huehuehue. Tengah muda ni la nak cabar diri belajar sambil kerja. Da tua nanti tak kuasa aku nak belajar. Aku nak jaga cucu sambil menjahit kah kah kah. Jiwa nenek2 da tersemat dalam sanubari aku sekarang. Kalau da kahwin nanti nak layan suami and anak lagi. So baik buat sebelum kahwin kan?

Tapi yang merunsingkan aku, aku nak chamber kat Kuala Kangsar, takkan tiap minggu nak ulang alik Shah Alam?! I hate long journey (padahal 3jam je). Aku ada tanya mak, mak cakap balik nanti bincang. Aku ada tanya pakcik and makcik aku yang lain. Pakcik2 aku and makcik aku yang duduk Shah Alam, suruh aku settle down kat sana dulu, kerja kat sana, cari pengalaman kat tempat orang khabonye.

Then ada sorang makcik aku cakap; Wankak lagi suka kamu duduk dekat mak ayah, yela kamu da keluar dari rumah dari Form 1 kan, masa ni la duduk lama sikit dengan mak ayah, nanti da kahwin la apa la, lain cerita pulak.

Sorang pakcik aku pulak tambah; Haah, aku pun macam tu. Tapi bila da habis belajar, dua2 da takde.

Huaaaa. Pakced ni buat cerita sedih pulak *lompat atas katil, menangis bawah selimut. Betul jugak kan. Fikir2 balik waktu aku spend dengan mak and ayah tak selama waktu adik2 aku dengan dorang. Adik2 aku tak duduk asrama. Aku balik time cuti je, tu pun kejap2. Aku memang nak sangat settle kat rumah aku je. Kawan ayah pun ada firm, yang nak tarik aku chambering dengan dia, InsyaAllah.

Apa salahnya, kejap je ulang alik tiap minggu. At least 5 hari seminggu, aku boleh tengok muka mak ayah, cakap depan2, share cerita depan2, share masalah depan2, tak payah nak call2 :') Pasal penat, kos, tak payah fikir. Niat baik, insyaAllah Allah permudahkan. Ya Allah permudahkan segala urusan masa depan ku. Aameen.


Hilang stress tengok gambar dia ni. Gewdikkkkk sangat!

Petang ni aku ada midtest, doakan ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance