Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 11 December 2012

Life is too short to even care at all


Malam semalam aku tidur awal, rasa exhausted gila dari pukul 11 kelas non-stop ke 9 malam. And now I'm awake. Mari merepek sepatah dua kata. 

Ni tengah tunggu budak2 lain bangun, rancangnya nak pergi makan nasi lemak Kg. Darat pukul 5.30pagi. Mari kita lihat mereka akan bangun, atau aku akan kempunan haha. Oh kat sini ada 1 kedai nasi lemak yang buka pukul 4 pagi, and ada kemungkinan nasi habis pukul 6 pagi. Bak kata Cha, dia jual kat bunian ke apa? Kahhhh.

Aku mula nak balik Perak kejap minggu depan sebab ada family day. Then mak bagitau family day postpone bulan 1. Then mak tanya sesuatu, 'kamu nak balik jugak ke?'. Aku baru nak menjawab, mak sudah memintas 'Tak payah la, duduk sana study, balik kamu bukan study pun, nak final da kan'. Wuwuwu sungguh tak mempratikkan hak bersuara mak ni. And mak memang sangat kenal aku, yang takkan boleh study dekat rumah hehe

Aku ingat nak balik jugak, nak pow toiletries haha. Duit da kering ni la semua benda nak habis. *korek2 tabung. Tapi da mak cakap macam tu, merajuk la hahaha gedik! Suruh mak bank-in duit je la nanti.

Aku pelik dengan adik perempuan aku yang pandai gila menabung. Duit dekat beribu kot. Tak makan ke dia? Ke makan friskies je? Kakaka. Aku memang manusia yang tak reti menabung. Tapi aku tak merewang habiskan duit. Tapi tak tahu duit ke mana, ke makanan mungkin. Philosophy hidup aku; duit boleh dicari :D

Ada orang ibaratkan hidup ni umpama buku. Ada chapter by chapter. Aku ibaratkan hidup aku ada 22 chapter, bersamaan 22 tahun da aku hidup. And aku tak tahu 1 buku hidup aku ada berapa chapter semuanya. Sebab aku masih dan sedang menulis chapter2 tersebut.

Kalau diplotkan dalam graf, hidup aku memang turun naik, dan mungkin ada yang mantain selama beberapa tahun. Kalau aku ingatkan balik, graf aku takde yang menjunam jatuh, takde jugak yang menjulang naik. Biasa2 je. Bagi aku paling jatuh masa arwah tok meninggal kot, back in 2010. Dan paling naik bila aku dapat keputusan exam yang elok, bila aku dekat dengan family, bercuti dengan dorang, spend masa dengan kawan2.

Aku pernah kena betrayed dengan (should I call her/him kawan?) urghhh nevermind, yang penting aku pernah kena betrayed. Sakit memang sakit, tapi kejap je der. Sebab aku sedar dorang tak penting dalam hidup aku pun actually. Kalau dalam cerita sang arnab dan sang kura2, mereka ibarat siput babi yang dipijak ketika berlumba. Wahhh keji sangat perumpamaan haha.

Aku bukan manusia yang fikir too deep, care too much. Expect the unexpected. Bagi aku, bila aku da berusaha yang termampu, the rest is story that should be written by Allah. Aku letak kebertangungan kat Allah. Aku percaya everything happens for reason. Aku percaya Dia nampak apa yang aku tak nampak, aku yakin Dia tahu dan akan sediakan yang terbaik untuk hambaNya yang berusaha. 

Blog aku hanyalah 1/3 dari hidup aku. Akhir kata, dengarlah lagu ni. Cha kenalkan kat aku semalam. And aku bukan jenis manusia up-to-date huehuehue;




Apa2 lagu pun, aku memang prefer versi acoustic. Aku suka tengok silent interaction antara dorang. Macam memahami each other, ada strong chemistry between them. Berseni jugak aku ni haha

Hamba yang hina ni nak pergi makan nasi lemak jap. Assalamualaikum ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance