Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 23 December 2012

Kerja gila

Sekarang kat sini tengah musim study. Muka semua nak stress je. Relax2, chillax! hehe

Aku pun mestila study, ingat otak aku geliga sangat ke nak terus masuk dewan exam. Da la aku ni tak boleh ingat selagi tak faham, da la nak faham macam haram susah dia haha. Ada satu subjek Jurisprudence ni, masyaAllah bahasa dia macam zaman Yunani, menangis aku nak fahamkan apa philosophers tu semua maksudkan, dorang ni berdarah keling jugak sikit2. Kejap2 kata ni, kejap2 kata ni. Takde pendirian teguh, ibarat lalang ditiup angin. Ha gitu aku nak jawab exam dia nanti sebab dia nak pandangan kita sendiri. haha.

Aku jenis manusia tak suka study waktu tengah hari and petang. Cuaca dia tak sesuai. Bak kata Cha, tak elok study waktu tu sebab panas, and panas evaporate kita punya liquid dalam otak, and kita rasa bengap sikit tanpa minyak pelincir tu. Aku tak tahu dari mana dia dapat sumber ni, but I choose to believe her haha. 

First option, aku study lepas Maghrib. Dalam pukul 2 pagi aku tidur. Lepas Subuh aku study balik sampai pukul berapa mata aku tahan. Then aku tidur sampai Zohor. Lepas tu aku berseronok sorang2, sampai Maghrib balik.

Second option, aku pergi library lepas Maghrib, stay sana sampai Subuh, lepas Subuh tidur sampai pukul 12 lebih haha.

Memang tak teratur sikit hidup musim study ni. Tapi aku prefer first option. Aku tak la study tak berhenti dari maghrib ke 2 pagi, kerja gila. Haha. Aku selang2 dengan dengar lagu, tengok sitcom, tengok youtube.

Malam semalam aku pergi library. Study Juris -_-''. Pergi dengan kawan2 memang tak la nak study memanjang. Dorang paksa aku tengok blog hantu T___T. Aku tengok je la. Pastu masing2 takut pergi toilet hahaha.

Dalam 5.30 pagi aku balik sorang2 naik motor. Ya Allah, sumpah aku tak buat da! I was alone on the road, dalam UUM pulak! Kalau siapa pernah masuk UUM tau la UUM besar macam mana, and banyak kawasan luas. Sepanjang perjalanan macam2 aku terbayang. Mangkuk betul budak2 ni. Terbayang apa yang aku tengok dekat blog tu. Cissss.

Memang aku bawa motor tanpa brek. Nasib baik aku ni crush Malik, gengster, kawasan ni semua aku da takluk, jalan mana berlubang semua aku tahu. So dengan lancar aku rempit tanpa sekali pun tengok side mirror. Apa ingat gensgter tak penakut ke? *Hala tanda peace ke mata, dan hala ke depan

Alhamdulillah, aku selamat masuk bilik tanpa sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Lalu lepas solat, aku terus menidurkan diri.

Kalau ayah tahu apa aku buat, harus dia bakar motor aku kah kah kah. Aku balik kelas pukul 11 yang time ada orang lagi tu pun, dia suruh kawan escort. Tapi aku tak suruh la, aku kan macho, tak best la susahkan orang. Sem depan ayah bagi Nadia bodyguard eh, sem depan Nadia ada 4 kelas malam hueheuhue.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance