Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 8 December 2012

Cerita 7 december

Pagi Jumaat aku mesti dikejutkan dengan announcement dari pejabat suruh turun senam robik la, tarian berirama la. Tak faham ke hari cuti la nak bangun lambat sikit (ke lambat banyak?) huahuahua. Walaupun sedar sira tak cukup and bakal dicampak keluar dari dpp sem depan, aku tetap tarik selimut dan tutup telinga dengan bantal. Alang2 kene campak, biar campak ke EDC terus muahahaha.

Aku bangun je tak tahu nak buat apa. Pandang laptop sambil makan roti. Da tu sampai ke petang pandang laptop je. Pukul 4 aku ajak Maria pergi makan dekat University Inn. Khabar angin mengatakan makanan Arab dekat situ sedap2, sebab memang orang pure Arab yang masak.

Kitorang sebenarnya teringin makan kebab. Hamboihhh time pesta konvo orang beratur beli kebab dia nun sampai ke UNIMAP panjangnya (bodohnya kalau percaya haha). Tapi memang panjang la. Disebabkan aku ni bangsa Melayu, bukan bangsa Menunggu, maka aku hanya memandang sepi (ayat Maria) kedai kebab tersebut.

Sekarang baru terkedek-kedek cari. Sekali dia bukak malam je. Disebabkan lapar, aku order beryani chicken dia dengan fresh orange. Maria order agha ke agba ke agda chicken entah, dengan juice banana. Makanan dia banyak gila, memang portion pak arab dia bagi. Affordable sangat. Nasi cantik je dimasak, ayam hamek kau, besar lengan Malek Noor ada aku rasa haha. Nasi tu kalau dimakan begitu saja pun sedap, tapi aku tak habis sebab banyak sangat. Roti dengan ayam Maria pun sedap, roti dia bagi 2, pun tak habis. Juices dia sumpah pure gila, puas hati gila minum. RM3 je air dia, bukan macam setengah kedai, RM4 pun campur air lagi -_-''

sup tu je aku tak sentuh. sebab rasa kambing. kambing rasa kambing aku makan la (?)

Then petangnya terasa macam gemuk, terus siap2 pergi jogging. Aku time jogging suka sepak2 ranting ke tepi, ye la menggangu laluan kan. Aku pun satu, sepak tak nak pandang belakang. Selama ni aku sepak steady je. Tadi betul2 aku tengah nak sepak ranting ke tepi, ada laki tengah joging, step dia betul2 belakang kaki aku, nasib baik dia sempat langkah kaki aku, kalau tak tergolek la manusia tu di depan aku tadi. Syukur dia tak tergolek, kalau tak aku tak tahu nak buat apa. Nak gelak ke, nak suruh bangun sambil mintak maaf ke, ke nak buat bodoh je haha. Haishh lepas ni kena pasang side mirror kat dua2 bahu. 

Malamnya aku rasa produktif sikit sebab aku paksa diri aku siapkan 1 chapter note final. 1 chapter pun makan sehari nak siap. Mula buat 8 malam 7 Dec, siap around 1 pagi 8 Dec. Kalau tak DL sem ni tak tahu la haha. Elehhh padahal buat sikit online, buat sikit online, mana tak berejam! Mana tahan tangan woo nak berkerja tanpa henti. Time exam boleh pulak? Time exam terpaksa, ni chill2 sudehh.

Da kenapa aku tanya, aku jawab sendiri ni? 0_o

awal lagi meja keadaan teratur, tunggu lagi 2 minggu, aku tulis bawah meja sebab meja penuh dengan notes 


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance