Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 17 December 2012

Burger Bakar, Jitra

Sebelum ni aku rajin jogging tiap petang. Sekarang da kureng sebab tiap petang hujan. Time hujan lebat macam syok je nak jogging kan, tapi takut kena panah petir haha.

Da la jarang jogging sekarang, tapi kuat makan. Badan aku kecik, eh tak, sederhana je. Tapi kalau nak dibandingkan dengan kawan2 yang badan besar sikit dari aku, aku la paling kuat makan. Hidang la depan aku banyak mana pun, selalunya habis T___T

Malam semalam aku pergi ambil Maria dekat airport Alor Star dengan Cha. On the way nak ke sana, aku sembang2 dengan Cha. Tengah aku tumpukan perhatian pada jalan sambil bersembang, tiba2 dia pegang tangan aku kuat gila. Terkejut la I. Bila tanya kenapa, dia cakap takde pape. Ape2 la Cha.

Sampai je airport baru dia cerita, yang dia nampak kelibat orang kat seat belakang. Hansappp hnnfff hnnff hnff betul. Meremang jugak bulu roma aku. Tapi takpe, kita cool, mungkin lintasan cahaya, mungkin salah tengok, apa2 pun dorang makhluk Allah jugak kan? *sengih takut*

On the way balik dorang ajak makan burger bakar dekat Jitra. Kedai yang da dituju tutup, then patah balik ke arah airport sebab nampak kedai burger satu kat situ. Kedai burger tu pulak banyak Mat Rempss, patah balik ke Jitra. Kebetulan Azam dengan kawan2 dia nak makan sekali, jumpa kedai burger bakar lain.


Tapi time aku pergi Cheese da habis, ni burger Azam kot. Ni semua salah Zaid! Ambil double cheese. Tak mengapplikasikan ladies first betul, lepas tu da tak larat nak habiskan haha padan muka! Apalah makna burger tanpa cheese? Ibarat makan nasi tiada sambal belacan. Hampa, kecewa, kau jangan nak over Beron

So aku dengan Cha and Maria makan singe original je. Tapi dorang tak habis makan, kenapa aku habis? Bahahha. Dorang cakap tak sedap, mungkin aku bukan foodie type of person, apa pun bagi aku, aku ngap je haha. Makanan basi pun aku pernah makan sampai habis T___T

Untuk harga RM6.90, so so la kot kualiti dia. Daging burger memang tebal lah and pedas. Kadang2 pedas dia macam tipu. Macam mana tu? Pedas dia macam artificial. Macam korang minum air kordial strawberry, tapi tu bukan strawberry sebenar. Faham? Tapi kordial strawberry pun aku suka haha.

Cha dengan Maria cakap kulit daging dia ireng. Tau ireng? Ireng tu macam hangus, gelap terbakar. Orang kulit gelap pun dorang panggil ireng haha. 

Malam tu roomate aku takde kat bilik, buat suara kesian impliedly mintak Maria teman tidur. Nasib dia faham, I love you lah! Rupanya dia cerita, kat tempat yang sama Cha nampak kelibat manusia kat seat belakang kereta, dia pernah nampak bayangan perempuan dari side mirror. Gulp! A'uzubillahhiminasyaitonirojim! 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance