Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 18 December 2012

Apa yang tak patut ada pada pasangan

Sekarang hujan kat luar. Segar je rasa. Bunyi hujan tu irama indah. Bau hujan tu enak. Kau tak payah nak menikmati hujan sangt Nadia, karang kau yang hujan tak habis belajar untuk final kikiki. Sebelum belajar jom berjiwang nak? ;) Taknak sudah, aku proceed jugak.

Apa yang aku tengok, pasangan belum kahwin dengan yang da kahwin ni, pasangan yang belum kahwin lagi over, yang da kahwin ni cool je. Mungkin yang da kahwin ni lagi terjamin kedudukan dia di mata dunia dengan mata ahli langit (bukan ayah pin)

Lelaki perempuan sama je naik. Tak laki buat hal, perempuan yang buat hal.

Tuduh melulu

*kring kirngg kringg. Tuttttt. This is a voicemail.....*
*kringg krinngg kringgg* (siap buat sound effect)

L: Hell.....
P: Kenapa tak angkat call??? Awak pergi mana? Kenapa last online dekat whatsapp seminit lepas? Awak whatsapp dengan siapa ha sampai call saya tak angkat?
L: Kawan saya sayangg, dia tanya pasal assignment
P: Ahh tipu, baik awak cakap awak whatsapp dengan perempuan mana. Jangan menipu boleh?

*tuttt tuttt tuuttt* (talian dimatikan)

Oh perangai macam ni memang ibarat mintak sumbat handphone dalam mulut. Lelaki especially-nya memang tak suka perempuan perangai macam ni. Gelojoh gelabah mak bedah. Apa salah kau tanya elok2. 

Kemungkinan lelaki tu menipu ada, tapi kalau aku jadi laki dapat awek tak semengah macam ni, aku pun menipu haha. Nak clash karang nak bunuh diri la, nak ugut bagitau mak la, apa la.

Cemburu buta

P: Sayanggg, da tengok gambar dinner I? *nada excited*
L: Hmmmm da, ada lelaki kann *nada sarcastic*
P: ohhh, tu boyfriend Jemah. 1 meja 10 orang, tiba2 dia sorang laki sesat kat meja perempuan HAHA

*tuttt* (talian dimatikan)

Orang perangai macam ni pun elok direjam. Agak2 la nak possessive pun der. Lain la awek kau bergambar berpeluk bercium dengan laki lain, ha yang tu kau boleh panah dia kalau kau nak. (hulur set memanah)

Mengongkong

L: You, petang ni I nak pergi main bola dengan kawan2
P: Dekat padang mana?
L: Oh dekat depan sekolah tu
P: Tak boleh! Rumah depan padang tu rumah awek2 kolej kan? Tak boleh! Duduk je rumah message dengan I, tak pun tengok sponge bob.

Kau kalau hidup ada insecure level yang tinggi, dengan beruk pun boleh buat jealous.

Rasa tak perangai2 di atas merimaskan? Ke aku je rasa rimas korang rasa sweet? Bahaha. Lagi menjengkelkan bila beria sebelum kahwin je, lepas kahwin buat kita macam takde value. Puiiiii

Tapi kalau sebelum kahwin pahit, lepas kahwin tak bermakna manis, mungkin lagi pahit

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance