Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 7 December 2012

2nd last, final exam. May Allah ease :)

*nyanyi dalam nada lagu iklan axion : mari puan2 dengar ini cerita, di side bar saya da ada jadual exam-nya, enammm subjek kesemuanya, mahu pengsan saya dibuatnya.

Fuhhh, pitching lari sikit, lupa kunyah asam jawa sebelum nyanyi ngeh ngeh ngeh. Macam sem2 lepas jugak, aku dengan kawan2 bahagi2 buat note. Aku kena buat note Professional Practice, yang dikhabo oleh lecturer, masuk 14chapter, 70 kes, uncountable articles. *pengsan sedar pengsan sedar pengsan kena sepak sedar balik.

(music berkumandang) Apalah nasib diri ku sem ini, oh Tuhannn, tak dapat bersenang lenang ~~~~ . Kau Nadia, kalau nak senang je, pergi cari mana2 laki kaya yang akan sayang kau at best and at worst, then kahwin, duduk rumah, mintak orang gaji. Faham?! (Emo dengan diri sendiri). Apa kata kau positive? Ambil ni sebagai cabaran hahaha. Aku sanggup lagi dicabar race motor wuuuu

Takut pada hakikat sebenarnya. Takut aku tak boleh handle subjek tu. Aku taknak bukak tahun 2013 aku dengan cacian. Maka marilah berusaha dari sekarang zzzzzzzzzz

Apa?? Nak masuk 2013 dah. Hamboih lajunya masa berlari, ibarat keluarga Cullen (kuat pengaruh Twilight kat kau ni Nadia). Aku rasa aku lalui 2012 macam sehari dua je. Rasa macam baru je sambut Januari 2012. Apa eh jadi kat aku sepanjang 11 bulan lebih ni? Ok mari baca entri2 blog lama balik muahaha. Ini la gunanya blog, recall memories, especially untuk orang macam aku yang pelupa macam mak nenek. Amboi sempat promote blog hehe.

Aku rasa sem depan aku kena apung lagi lah! hahaha. Ke mana la pulak aku kena campak. Sira DPP aku kosong kot. Ah gasaklah, last sem pun. Da last2 sem ni tak payah nak serabut fikir benda2 gitu. Enjoy your mind and your soul. Kalau suruh pindah, pindah je la. UUM ni kalau kau bagi bukti apa2 pun, dia buat bodoh je. Ihetchuuuuuu!

Aku baru bangun tidur, pukul berapa la pulak aku nak tidur balik ni, nasib baik esok Kedah cuti. Tak payah nak reka cuti apa la, Kedah memang cuti hari Jumaat haha.  Tadi migraine, da 2 hari sebenarnya. Tapi aku kan bajet kuat, nak bagi sembuh sendiri. Sekali tadi kena jugak telan ubat dan tidur. Bangun baru lega sikit. Alhamdulillah. Memang Allah yang menyembuhkan, tapi kita kena usaha cari ubat. Ye dak?

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance