Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 20 November 2012

They need our Doa - Gaza

Perghhh busy gila lately, sampai da tak tahu apa jadi kat dunia luar. Apa khabar agaknya orang Perak, lama tak dengar cerita. Rinduuuuu. T____T. Negeri2 lain masih dalam keadaan aman kan? Terengganu masih jadi negeri pengeluar minyak terbesar kan? Ke da jadi negeri pengeluar keropok lekor terbesar?

Yang aku tahu, penduduk Palestin dalam keadaan tak aman sekarang. Banyak gambar yang menyayat hati kat FB. Ramai orang kita pong pang pong pang marahkan Israel, suruh boikot Mekdi. Siapa tak marah :( tengok anak2 kecil bergelimpangan dengan darah. Apa dosa dorang sampai tentera laknat tu serang dorang? Dorang habiskan susu anak2 tentera tu ke apa?

Tapi pong pang pong marah kat sini pun, dorang tak dengar. Kita buat hashtag dekat twitter pun dorang tak baca, kalau baca pun tak faham. Yang penting kita DOA. Untuk kita yang jauh ni, doa senjata paling kuat kita. Kalau Najib bagi M16 sorang satu pun kat tiap orang untuk ke sana, agaknya yang bising2 ni terus naik kapal perang ke terus diam? Tak salah nak membuka mata dunia tentang kekejaman tentera Israel, tapi jangan gebang je lebih bang. Bagi sumbangan kat dorang, sikit pun bermakna kat dorang. Sumbangan berbentuk wang, ubat-ubatan.

Dalam Quran ada cakap doa senjata kita. Dalam Quran jugak ada cakap satu hari nanti dorang pasti ditimpa bala. (Ayat2 awal surah al-Isra'). So people pleas keep praying for Palestinians. Doakan wanita2 dan anak2 kecil kat sana dilindungi, doakan Allah teguhkan iman mereka dan perkuatkan semangat mereka dalam jihad.

Bab2 boikot ni aku tak tahu nak komen apa. Sebab banyak barang dorang kat negara ni. Banyak orang kita kerja bawah 'company' dorang. Aku tak expert bab2 ni. Macam dulu, isu ni besar dibangkitkan, tapi kejap je (hangat2 iron lepas di swith off - taik ayam aku tak pernah rasa). Yang betul2 istiqomah boikot, Alhamdulillah. Yang susah ni, pelan2 la yek.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance