Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 21 November 2012

Sibuk ibarat lebah jantan nak membuat istana untuk permaisurinya

gambar sekadar hiasan

Dari Sabtu lepas aku sampai sini, sekarang baru aku berkesempatan online kat laptop. Selalu online dekat handphone je haha. Puas sikit tengok screen besar. Kalau kat handphone nak stalk orang pun tak semangat.

Hujung2 tahun ni memang tak enak betul kalau busy. Lagi rasa kelat bila budak2 sekolah update status 'sewdapnyewww m0mmy titewww mawsawkkk ayAm mAsak mEraH hari niewwww'. Terus unfriend. Ape hal kau dik? Mesti jari kau sentiasa kat keypad W dengan Shift kan?

Lagi sakit hati bila time2 ni la keluarga nak buat Jalan2 Pusing Malaysia la, nak ke Thailand la, nak buat kenduri kahwin la, apa la. Dekat FB banyak gila orang invite aku pergi kenduri kahwin dorang. Ibarat invitations tu semua mengejek aku 'yeayy yeayy orang nak kahwin da, kau mengadap la buku sampai bulan 1' -___-.

Kawan2, tahniah nak kahwin da. Moga kekal sampai ke syurga :) Sorry, tak dapat datang, tak dapat lari dari komitmen. Tu la, lain kali kahwin time aku cuti. Eh tak payah la ada lain kali punya kahwin pulak, maksud aku kepada yang baru2 merancang nak kawhin ni. Haha macam penting sangat je kau ni kan Beron sampai orang kena tunggu kau cuti. Sedih jugak tak dapat datang kawan2 rapat yang kahwin, tapi nak buat camno? Doa aku pun cukup kan ;)

Aku punya busy sampai takde masa nak beriadah (cuci mata). Sabtu ni dengar cerita ada kelas ganti dari 9pagi sampai 5 petang! (jatuh rahang) Apo ko bondonyo jangg kelas ganti lama sangat? Kelas 3 jam pun aku tak boleh fokus! Harus datang lepas Zohor. Baru ingat nak pergi marathon wayang T___T Where is my life? Give it back! 

Sekarang kat sini hujan je. Aku naik motor, selalu la kena hujan. Semalam lepas buat kerja, aku terus balik tidur, dalam 1.30pagi. Nak bangun Subuh tadi, yaAllah melayang gila rasa. Tak kan sebab fokus buat kerja kot, sounds impossible haha. Bayangkan aku jalan nak pergi toilet nak solat Subuh, 3x aku langgar dinding sebab aku tak boleh jalan straight. Aku try mantainkan nak jalan straight, terpesong jugak. Nasib baik akidah tak terpesong sekali. Eh?

Da la nak tidur, kepala da rasa melayang. Bye2 (pergi toilet sambil lompat bintang)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance