Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 8 November 2012

sembang sorang2 #8

Oh anak2 ku, ibu baik2 saja 2 3 hari ni. Takde apa yang seronok berlaku sepanjang ketidak update-an. Kembali ke Bumi Sintok setelah menjadikan cuti seminggu jadi 2 minggu. Ayah korang pun tak masuk meminang lagi time ni, entah bila dia nak muncul.

Kah Kah Kah Kah

Dulu ada orang tanya aku, kenapa aku buat blog?

Nak bagi anak2 aku baca nanti bila dorang da besar, biar dorang tahu macam mana kehidupan aku huehuehue

Tapi bila aku baca balik entri2 aku, oh memang tak boleh jadi teladan kepada generasi Z aku ni haha.

Kalau takde anak? Kalau mati sebelum kahwin?

Oh takpe, keluarga aku pun perlu tahu perspektif aku pasal kehidupan, aktiviti aku yang aku buat tanpa mintak kebenaran Mak Ayah, harap mereka maafkan hehe.

Ah lupakan hal tu. Aku balik UUM Selasa hari tu. Ahad ni aku balik Perak balik sempena cuti Depavali dan Awal Muharram. Mula2 Ahad ni ada test, tapi postpone Ahad depan. Bila lecturer tanya kenapa Chinese and Malays yang beria mintak postpone test, padahal yang raya Indians. Dengan lantang kami naikkan jari telunjuk, lalu bersorak '1 Malaysia'. Terima kasih atas idea bernas Najib untuk slogan ni, kami berjaya memanupulasikannya. Kalau Najib baca ni, mesti dia tengah kesat air mata guna hujung lengan baju 1 Malaysia.

Banyak sangat kerja nak settle. Presentation dengan kertas kerja Securities, Jurisprudence, Professional Practice. Assignments Criminal Procedure, Professional Practice. Test Jurisprudence, Civil Procedure. Nak siapkan submission Mooting Syariah. Sabtu ni ada Professional Practice talk sepanjang siang. Ayark

Aku balik je UUM mesti migrain. Nampak sangat UUM mengundang kepada ketidak sihatan otak aku. Semalam ubat last aku makan. Da habis. Malas beli sebab aku tak nak bergantung kat ubat da. Tapi kalau takde ubat, aku yang merana *tulis laju2 dekat things to buy: uphamol sekotak!

Kejap lagi aku nak pergi library, nak settlekan kerja. Sila pandang aku sebagai student yang berwawasan sekarang, sila, sila.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance