Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 16 November 2012

Sabun susu beras & Hada Labo

Hari ni nak review sikit produk yang aku guna. Gila, kau ingat muka kau se-flawless Fazura yang kau nak review produk kecantikan? Eh konfiden kena ada. Konfiden menunjukkan keunggulan diri kahhhh.

Muka aku tak bermasalah sangat. Yang bermasalahnya, aku. Aku ni cepat bosan, so selalu tukar produk cuci muka. Nampak cantik, wangi ha mak incek sukaa. 

Dulu muka aku tak berjerawat (bajet gila) haha. Betul la, kalau jerawat pun nak period and hilang la lepas tu, jarang la berparut ke apa. Tapi tu dulu. Ku sangkakan redup sampai ke petang supaya aku boleh main badminton, rupanya taufan Sandy melanda di petang hari makanya aku hanya mengunyah fries di beranda.

Lepas tu aku salah pakai produk apa ntah, muka aku naik parut, berminyak, naik jerawat. Minyak dia, kalau berjemur tengah panas boleh membakarkan muka aku. Yang aku perasan, aku tak tahan dengan Vitamin E oil, bio oil ke apa ke, nanti naik parut haha terbalik kau ni muka. Padahal tu paling baik untuk kulit muka kan? Kulit muka aku chill je, tak suka benda mahal2 huehueheu

Satu hari aku bukak FB, ada ternampak iklan Sabun Susu Beras. Asal dari Thailand (sawadikap). Aku baca testimonial semua kata bagus la apa la. So aku pun try, murah pulak kan. Dia cakap sebuku RM5. Hoi siapa tak nak barang murah. Lepas tu claim dibuat tanpa bahan kimia, haih elok benar da tu, halal lagi. Kalau dibancuh dengan air zamzam lagi molek, tak gitu?

Aku pun message la akak tu. Sekali dia cakap, beli sedozen RM30 je, sekali postage. Nampak tak berapa aku boleh jimat di situ, half price you olls(sapu2 tangan) Rezeki jangan ditolak, apa salahnya mencuba? Sabun tu sebuku tahan sebulan. Pencuci muka aku untuk setahun hanya RM30? Hai hai, untung kat situ.

Alhamdulillah, aku takde masalah pakai sabun tu, lembut je muka, kurang berminyak (perasan) haha. Time tu aku pakai dengan moisturizer Vitamin E. Tapi parut2 aku yang senonet tu tak hilang2 jugak.

ni la sabun Susu Beras. Google la nak tengok khasiat dia. Gambar2 cantik macam ni mesti lah aku amek dari Google. Tak kuasa aku nak tangkap gambar lapik daun pisang bagai. Baik aku buat lapik nasi lemak

Satu hari vitamin E aku habis, so aku pergi la guardian. Kat rumah habis takpe, ni kat guardian pun habis, melampau tau! Dekat setengah jam la jugak aku pusing satu guardian tu nak cari pengganti. Eh harus beli, nak raya time tu, kene la muka sparkling2 sikit kahhhhh!

Then aku berhenti kat 1 rak. Ternampak produk Hada Labo. Aku teringat ramai orang review kata produk ni bagus. Lepas belek2, mungkin jodoh aku dengan produk ni, so aku beli moisturizer dia je. Pencuci muka I guna yang sedozen RM30 je. Toner? Hah lagi la malas nak pakai, tak koser I nyah. Mula2 aku rasa produk ni mahal. 1 botol RM50++. Fikir 23 kali jugak la time tu, tapi kebetulan ada rezeki lebih time tu aku rembat jugak la. Tapi sangkaan aku salah sama sekali. Sebotol tu tahan 2 3 bulan ahkakk oi. Kira murah sangat la tu.

Lepas sebulan 2 aku pakai, Alhamdulillah nampak perubahan. Parut2 mula kecut, muka da tak berparut macam sebelum ni. So gabungan Sabun Susu Beras dengan Hada Labo yang aku pakai, memang sesuai dengan muka. 

Aku ada sorang makcik yang suka pergi Thailand, shopping and makan2. Satu hari dia nampak adik aku pakai sabun Susu Beras tu. Oh adik laki aku pun pakai, muka dia berjerawat masyaAllah, budak gatal biasalah kahhhh. Biasakan dengar kalau kita tumbuh jerawat, mesti ada orang cakap 'ha menggatal la tu'. Huh menyampah, tak belajar biologi ke? Ha adik aku memang serasi dengan sabun tu, (aku yang perkenalkan ehemm) maybe sabun tu bersifat lembut, mungkin jugak sabun tu perempuan dan suka kat adik aku. Eh?

So makcik aku ni selalu la nampak sabun Susu Beras tu kat Thailand. Dia tanya la adik aku beli berapa ringgit. Sekali dia cakap kat sana 12 biji RM10 je -______-'' Kenapa murah sangat? Rasa tak layak muka aku pakai? Eh? hahaha tak2. Bila makcik aku pergi Thailand, terus mak aku orderkan sedozen untuk aku, sedozen untuk adik aku. Huahahuahua. Jimat gua.

Oh nenek saudara aku pernah tegur adik laki aku 'kenapa yang laki pulak banyak jerawat, kakak2 dia takde pun' (betul2 tudung) hahaha. Padan muka! Gatal lagi! EH? :O


ni moisturizer yang aku guna. Milk dia panggil. lagi la aku rasa bertambah sihat bila pakai hehe. Dari raya hari tu aku pakai, sampai la tak habis2 

14 comments:

  1. macam best je sabun susu beras ne...rsa nk try jgk..tapi kat sini jual mahal sgt..murahnya awak beli.rm10 12 biji..wooww..best nye...kalau minta makcik awk bli utk sy jgk blh..-____-"

    ReplyDelete
  2. haha tak tahu la dia bila lagi g sana. kt sini ada jual sedozen rm30 huu. kt tmpt u brape?

    ReplyDelete
  3. oo i see..kt tmpt sy mahal sgt..dlm rm40 lbh mcm tu...tu lah psl x nk bli kt sini.mahal teramat sgt..:( huhu...

    ReplyDelete
  4. oh. pergi pdg bsr. 1 dozen blh dpt rm 11 hehe

    ReplyDelete
  5. laa...jauh sgt.klau dekat memg lma dh pg.memg sy dh bli bdozen2 srumah blh pakai.he...geramnya nk bli murah sgt tu.ermm..xpe lah.x de rzki kot.so...skrg awk msh pakai sbn susu beras ne.memg ok ke?

    ReplyDelete
  6. aah. masih pakai :) so far mmg xde prob, ok je, alhmdulillah :)

    ReplyDelete
  7. oo..best nya..ok tq bg info..u x jual ke.u jual rm20 sedozen dgn sy ok jgk tu..hehe..;)

    ReplyDelete
  8. it ok.tqvm sis..;)

    ReplyDelete
  9. Pakai time bile yunk.. bpe kli shri

    ReplyDelete
  10. i pakai 2x sehari. siang n sebelum tidur :)

    ReplyDelete
  11. Rasa nya kat sesetengah online blog masih banyak yang still jual sabun ni..paling murah pernah nampak around RM15 satu dozen tak termasuk postage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke. Maybe la. Tak pakai dh skrg hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance