Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 14 November 2012

Mak aku magician, mak kau?

Lepas ni kalau ada kene isi borang, bahagian kerja mak, aku nak tulis 'magician'. Ha baru saing2 David Blaine, tapi tu semua kurafat, syirik, keparat. Mak aku punya skill ni anugerah dari Allah. Bangsa mak2 ni semua dapat anugerah ni aku rasa.

Magic la mak aku ni. Dia boleh rasa apa aku rasa. Aku bagi contoh eh, contoh.

Kelmarin aku tengok iklan kicap ABC kot, yang ada Syani makan ayam masak kicap tu. Amboi terliurnya aku tengok dia makan, Syani pulak. Kalau Jihan Raja Lawak yang makan mungkin aku tak terliur sangat la. Time tu mak aku pn tengok sama sebelah aku. Dalam hati aku memang nak je cakap kat mak yang esok aku nak ayam masak kicap. Tapi aku diam je. Aku ni malas nak request2, apa yang ada ngap je. Kalau betul2 teringin yang kalau tak dapat rasa nak ikat diri atas rel keretapi, ha baru aku mintak mak masakkan. So sampai ke sudah aku tak cakap pun kat mak.

Then besoknya, jeng jeng jeng, aku tengok mak masak ayam masak kicap! Magic tak? Magic tak? Perghh teror la mak gua, tau2 je gua teringin makan ayam. Alhamdulillah rejekii hee :)

Ada banyak lagi la, tapi aku tak ingat. Tapi tiap kali terjadi, mesti aku kagum. Kagum dengan ciptaan Allah tentang naluri seorang Ibu. Aku ni berat mulut sikit nak mintak2, so di sini kelebihan mak untuk 'baca' aku. Kadang2 benda yang aku nak cakap, mak cakap dulu weee. Dengan ayah pun ada jugak jadi bab2 baca hati ni, tapi jarang sikit dari mak.

Alamak, tak boleh nak berahsia la gini. Guano? haha

Mak korang pun mesti magician jugak kan? Kan? :)


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance