Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 24 November 2012

Lamb Chop Maicafe, Perlis

Aku da lama gila teringin lambchop. Dulu aku tak boleh makan langsung, makan je rasa nak muntah dengan sakit kepala. Tapi raya hari tu aku try jugak sebab aku tahu kebaikan daging kambing. Aku nak makan daging yang nabi Muhammad makan. Alhamdulillah aku boleh terima sekarang, tapi yang panggang je dulu. Makan dengan nasi, lagi 22 tahun kita cuba hehe.

Time cuti hari tu aku nak pergi makan, tapi tak sempat, ada je hal. Petang tadi dapat jugak akhirnya. Maria bawa pergi makan kat Maicafe, Perlis. Siapa duduk Perlis kalau tak tahu kedai ni, baik pergi pindah India haha.Cafe ni santai gila, decoration sangat cozy, harga makanan affordable, pelayan semua lelaki,  yang penting makanan sangatlah memuaskan tekak dan perut, portion besar. Kalau chicken chop boleh makan untuk dua orang.

Aku pernah makan Chicken Chop, Cheesy Chicken, Toasted Bread with Cheese, pernah rasa Fish and Chip, pernah berbuka puasa buffet kat sana, dan keputusannya, semua A. Dean list with first class honour haha.

Tadi aku order Grilled Lamb Chop + black pepper sauce, masyaAllah besaq nak mampuih. 3 layers daging eh aku dapat. Bagi aku yang baru mula nak belajar makan ni, nak termuntah jugak la aku makan tadi. Tapi memang puas.

And seperti biasa, bab makanan memang takde gambar. Niat nak ambil gambar tu ada, tapi bila makanan sampai depan mata, nafsu mengatasi segala. Bila da tinggal tulang, baru tepuk dahi 'alamak lupa nak ambil gambar. Nak menyesal pun tak guna da haha.

Siapa2 tersinggah kat Perlis, cari la kedai tu. Senang je cari, tapi jangan tanya aku, tanya GPS huehuheue. Dia bukak Isnin-Sabtu, 6petang-12malam. Sekian laporan makanan.

The best western food in town katanya. And I agreed with that slogan sebab aku tak pernah cuba kedai lain kat Perlis muahahaha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance