Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 5 November 2012

Jangan jadikan duit, punca.....

Money can't buy happiness

Apabila di google translate-kan, maksudnya;

Wang tidak boleh membeli kebahagiaan

Indeed! Tapi ada orang tak setuju dengan quote tu, dorang cakap dengan duit dorang boleh beli apa je dorang nak, then dorang akan gembira. Kalau kau cakap gembira, aku setuju. Tapi kalau kau cakap bahagia, aku tak setuju.

Bagi aku gembira besifat temporary, bahagia tu ketenangan hati yang boleh bersifat abadi, kurniaan Ilahi.

Masuk kedai nombor ekor. Tembak nombor. Cek keputusan dekat surat khabar. Menang RM200, 000. Gembira! Tapi sampai bila? Gembira tu akan habis sejajar dengan duit yang akan habis digunakan. Ketenangan, dapat?

Aku tak kata kita tak perlu duit. Duit tu keperluan sekarang. Masuk tandas paling celaka di bumi pun kena bayar 30sen. Kalau takde duit takkan kau nak membuang kat pangkal pokok? Kot pokok tu ada 'penunggu'? Ha naya. Jangan tahyul sangat Nadia.

Tapi jangan jadikan duit segala-galanya. Jangan beli isteri dengan duit. Jangan taburkan atas katil anak2 dengan duit. Jangan tutup kesalahan dengan duit. Jangan sombong banyak duit. Jangan ambil duit yang bukan hak kita.

Jangan jadikan duit punca. Punca ke neraka.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance