Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 2 November 2012

How my Ayah shows his love?

Knowing my Ayah, I know he is a very protective over his family members. Sangat ok, sangat. Dulu, boleh dikatakan aku nak pergi mana pun tak boleh tanpa dia. Even dengan makcik pakcik aku sendiri. Nak keluar dengan kawan2, dia hantar sampai depan mall, nak balik pun dia jemput depan mall. Very the princess haha

Dia paling akan elak anak2 dia cedera atas tangan orang lain, mungkin dia takut dia akan rasa ralat seumur hidup. Honestly, dulu aku memberontak jugak, dalam diam

Kenapa anak orang lain bebas?

Kenapa dorang boleh keluar sesuka hati?

Kenapa mak ayah dorang tak marah kalau dorang keluar dengan lelaki?

Kenapa, yang sekarang baru aku dapat jawapannya. Yela dulu jiwa muda, konon da matang sangat nak tentukan hala hidup sendiri. Alhamdulillah, aku tak pernah terfikir nak lari dari rumah ke apa. Nak lari apa bendanya, masak nasi pun fail time tu! haha

Kadang2 aku bangga aku 'dikongkong' macam tu. Sebab aku tahu ayah sayang aku, sangat sayang hehe. Tapi sekarang da kurang da sifat tu dalam diri ayah. Dia da bagi aku drive ke Kedah, dia da bagi aku drive malam, dia bagi aku keluar sendiri dengan kawan2, dia bagi aku bawa motor dalam UUM (kadang2 je aku TERkeluar dari UUM tu hehe). And aku rasa dia da bagi green light untuk aku 'berkawan' dengan laki. Time dia tak bagi, kau gatal nak, time dia da bagi, kau taknak pulak, dasar kau ni Nadia.

Mungkin ayah rasa dia da cukup bagi tunjuk ajar kat aku, da percayakan aku, da sedar mungkin satu hari dia kena jugak lepaskan aku kat orang lain hewhewhew

Tapi sikap protective dia masih ada. Tadi mak pesan kat aku suruh pergi pasar pagi esok naik motor. Terus ayah cakap ayah nak belikan. Aku tau dia risau aku naik motor. Dia tau aku bawa apa pun macam peleset haha. Aku ingat lagi 1st time aku dapat lesen L, aku terus nak bawa motor pergi pekan, without any experienced on a big road. For sure la Tan Sri Ayah tak bagi, tapi aku kan kepala konkrit sikit, aku pergi jugak. Nasib baik hidup sihat sampai sekarang

Bawa kereta pun macam tu, kalau aku tak force beliau benarkan aku bawa, aku rasa memang aku da pulangkan balik lesen kat abang JPJ haha. Adik aku, ambil lesen dari lepas SPM, sekarang da masuk degree, baru sekali dua agaknya bawa. Jelas dia bukan pemberontak seperti aku. haha

So bila kawan aku cerita ayah dia tak bagi buat tu buat ni, aku faham la. Aku suruh ikut je cakap ayah, tak rugi pun, dan takkan pernah rugi :) 

That is the way, daddy shows his lovessss :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance