Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 12 November 2012

Cutest creatures


Hahaha. Tiap kali tengok gambar ni mesti aku tergelak. Posing sama tak tahan! Baby manusia tu Arissa, baby kucing tu aku tak tahu siapa punya, aku jumpa dalam tumblr gambar tu. Omey! Omey! Omey! haha

Arissa da nak kat orang lain. Tapi kuat makan! Pantang nampak makanan okay, nganga je dengan harapan orang sumbat makanan dalam mulut dia. Tengok badan la -_-'' Kalau dia tengah pegang makanan, janganlah kau ambil ke mintak ke, kena tengking. Budak ni aku rasa lagi garang dari Kak Ngah dia. Hari tu dia tak nak pakai seluar, mak aku pakaikan jugak. Da siap pakai dia merengus sambil hentak kaki. Amboi adik baru nak masuk 9 bulan, behave sikit please. Cuba jadi ayong, sampai ke besar behave je ha ha ha ha.

**********

Side ayah aku cucu ke-7. Atas aku semua da kerja, da pakai kereta sendiri. Baru2 ni kakak2 saudara aku ada yang beli Vios, Myvi. Freed. Pastu balik semua promote aku suruh beli yang sama. Hey sabarlah, aku belajar pun belum habis. Aku beli Viva je nanti, kecik dan jimat minyak haha. 

Dorang ni suka tak menyabar tau. Semalam aku pergi kenduri, ha siaplah makcik2 kepochi tanya bila pulak kenduri aku. Kenapa, makcik ada anak teruna yang kacak serta berketrampilan unggul yang nak dikenenkan dengan saya ke? Kalau ada, tak perlu banyak tanya, esok boleh langsung kahhhhh! Muka aku ni macam bujang terlajak da ke apa? Sabar2, tak tahun depan, 2014 aku kahwin la, tak pun 2015, tak pun tahun depannya pulak, tunggu je la sampai aku jemput. Kalau tak jemput sampai kesudah, maknanya Allah da jemput aku dulu ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance