Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 23 November 2012

Anak Palestin v Anak Malaysia


Picture can tells 100 different stories

Gambar kiri aku jumpa kat Tumblr. Gambar kanan gambar adik laki aku dengan kawan2 dia (semua orang nampak takde perempuan dalam gambar tu Nadia!)

Di saat budak2 kat sana menyorok di sebalik bangunan untuk mengelak tempias bom, senjata api, budak2 kat sini pulak menyorok dalam shopping mall sebab nak ponteng sekolah. Di saat anak2 Palestin yang belum baligh diajar menggunakan senjata api, anak2 di sini bangga ke hulu hilir dengan smartphone. Di saat mereka menangis bangunan2 sekolah mereka dibedil tentera yang zalim, anak2 di sini pula mengeluh kenapa ada sekolah.

Bila aku nampak word Muhammad kat headband that brave little boy, aku tersentak. Aku soal diri aku balik, dorang layak jadi umat kebanggan Nabi Muhammad saw, kalau aku? Apa yang aku da buat yang boleh banggakan Nabi kesayangan aku kat sana nanti. Kata kesayangan, tapi macam cakap tak serupa bikin. Cakap mak ayah tetap degil, belajar tetap malas, amalan sunat amatlah kurang, mulut hari2 nak mengata orang.

Orang yang jadi warga Palestin ni, hamba yang terpilih. Ganjaran yang kekal menanti dorang. Kekuatan mereka dengan kita berbeza, sangat berbeza. Semangat jihad mereka berbeza dengan kita, sangat berbeza. Sebab mereka melalui kesukaran yang kita tak pernah bayangkan, tak pernah alami.

Alhamdulillah, atas persetujuan gencatan senjata yang berlaku. Ni semua hasil berkat doa seluruh umat Islam sekalian alam. Mungkin dengan doa2 kita akan membuatkan Nabi Muhammad bangga punya umat macam kita. InsyaAllah, satu hari nanti pasti akan lenyap Yahudi dari Palestin. Aameen

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance