Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 12 November 2012

aku lebih kepada otak kiri dan suka makan otak udang

Aku kat rumah sekarang, sampai tengah hari tadi. Cuti sampai hari Sabtu. Ahh heaven-nya duduk rumah walaupun banyak kerja.

Walaupun banyak kerja, aku tetap suka buat kerja merapu. Semalam aku baca blog siapa entah, aku nampak dia buat test otak dia, samada dia more to otak kiri or kanan. Tiba2 aku rasa menarik. Time banyak assignments memang pergi bersawah pun aku rasa lagi menarik, assignments tak pernah menarik bagi aku, menarik keterpaksaan nak buat ada la.

So aku pun buat la test kat otak aku, eh bukan letak wayar kat kepala ke apa, aku jawab soalan menggunakan akal aku kiki. And this is the result:

Aku more ke otak kiri, bukanlah bermaksud aku berhaluan kiri. Aku tak tau sangat ciri2 otak kiri, kalau ciri2 otak udang selain disinonimkan sebagai bodoh, pes dia sangatlah sedap.

My left brain controls my right side of my body. Hah memang benerrr, buktinya tangan kiri aku sangat lemah. Menulis semestinya tangan kanan. Maknanya, orang otak kanan, mengkontrol anggota kiri dorang. And orang otak kanan more artistic. Patutla semua yang aku kenal kidal ni kreative orangnyaaa.

Dari apa yang aku google, memang sah aku berciri otak kiri. Aku tak boleh membaca, menghafal, menulis dalam keadaan bising sebab aku tak boleh fokus. Kalau bab nak menghafal, kalau boleh aku nak duduk dalam gua, shieldtox kan segala cengkerik, kalau dapat gua kedap bunyi lagi cantik. Pendek kata, aku tak boleh belajar sambil dengar lagu. Nak pendek lagi, study without noises.

Otak kiri katanya suka membaca. Indeed. Lagi, katanya otak kiri suka anjing. Hoihhh haram tu! Tapi sejujurnya, kalau korang tengok tumblr aku, aku banyak reblogged gambar anjing. Kahhhh! Comel apa? Bukan aku nak pegang pun. Tapi aku pernah terfikir, kalau anjing tu halal dibela, aku rasa aku akan ada seekor anjing yang bernama Bumblebee

Lagi katanya orang more to otak kiri ni, more organize. Dari penilaian ke diri sendiri, memang betul. Aku tak boleh tengok tempat bersepah, rasa jantung nak terkeluar dari rib cage. Aku bukan pengemas gila2, tapi aku nak benda2 semua tersusun. Aku bukak email adik aku kat inbox ada 565 messages! Aku rimas. Jenis aku, semua aku akan organize. Ada folder sekian, sekian, sekian. Komik aku tersusun ikut tajuk, nama penulis, volume.

Sebelum aku bercakap pun, aku akan susun ayat dalam hati, aku akan fikir apa yang aku akan cakap, aku akan fikir benda tu perlu ke tak nak cakap. Sebelum aku start sem, aku akan fikir macam mana aku nak take note lecturers. Lepas kertas warna tu, kertas warna apa nak guna. Kaedahnya, semuanya kena tersusun,  teratur.

Aku kayu, with zero kreativiti. Tangan kayu, kaki kayu, otak kayu, jiwa kayu. Haha. Aku bukan budak art yang boleh berimaginasi. Berangan boleh la haha. Aku tak boleh tafsir sajak. Kau bagi la apa2 puisi kat aku, haram aku tak faham. Aku dengar lagu sebab music, bukan lirik. 

Test tu cakap aku sesuai jadi mathematician, lawyer and etc. Aku bagi dua contoh tu sebab aku memang minat math, tapi ayah tak berapa setuju aku sambung dalam math. Aku tak minat law, tapi insyaAllah aku akan jadi lawyer hewhewhew. So dengan kelebihan otak kiri aku ni, insyaAllah takde masalah untuk aku nak jadi lawyer, doakan. Nasib baik parents aku tak suruh jadi arkitek -_-''. Tapi kalau suruh cari bakal menantu arkitek, masih boleh diusahakan hahaha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance