Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 2 October 2012

yeayy and yeakk

Pagi tadi aku ada tutorial pukul 11-12tengahari, lepas tu ada gap sampai next class pukul 3.30petang. Masa gap tu aku dengan Cha ke Changlun nak beli tiket. Yeayyy! InsyaAllah 23hb Oktober, lebih kurang 5 petang sampai la kami ke Kuala Kangsar. Moga dipermudahkan segala urusan. :) I can't wait to be home. Kak Ngah, tunggu Ayong balik. Nanti Ayong bawa pergi jalan2, main taman ok. :D

Habis kelas tadi pukul 4.30petang. Lepas tu ada pulak kelas 6.30-10 malam. Bayangkan belajar waktu senja, 3 jam! This is urghhhhh! Research shows, student can only pay attention for the early 45minutes of every class, that is why in Iceland / Ireland every session for each class is only 45minutes (Prof Tim).

Memang benar (bagi aku). Mula2 je bajet pelajar Muslimah, kusyuk je dengar, salin setiap butir lecturer cakap. Ha lepas tu siap la, tak main game, aku kacau orang, takpun berangan, conteng buku, makan kudap-kudapan, sembang dengan kawan, kalau buat lagi slumber main tangkap2 gambar dengan kawan2 dengan pelbagai memek muka yang menjelekkan haha.

I really can't digest 3hours of lecture. Tapi nak buat macam mana, subjek2 tu lawyer yang kena ajar, nak tak nak malam je dorang free and on weekend. Weekend? Lagi la NO! So korbankan la 3 malam aku dalam seminggu nak ke kelas. Jadual biasa 8-11malam. Lecturer tadi je cepat kan sikit.

Aku da rasa suasana busy student final year. Assignments tak putus2 datang, hantar tiap minggu. Satu dua takpe, ni dapat untuk satu subjek dekat 6 7 kerja. Kalau amek 1 subjek je takpe, ni 6 woi! Memang ni la adat student final year, tapi bagi la ruang kat kitorang nak bernafas sikit. Sampai satu tahap, lecturer tengah bagi kerja kat depan, aku kat belakang buat2 tak dengar, sibuk belek handphone macam baru 1st time pegang.

Rasa cepat je nak habis belajar, nak keluar dari sini, dengan management U ke lautnya. Haiiii.

Ya Allah permudahkan segala urusan aku dan kawan2 aku untuk habiskan degree kami dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan. Jauhkan kami dari sikap malas dan berputus asa. Sabarkan dan cekalkan hati kami dengan setiap cabaran yang mendatang. Aameen.

Harap bayaran dan pengorbanan ini berbaloi. InsyaAllah

Nasib baik tak kahwin lagi. Eh? hahahahahabye


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance