Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 23 October 2012

Taken 2 & Tasik Jitra

Aku rasa da setengah tahun ada aku tak tengok wayang. Takde masa. Acehh, busy kalah semut cari makan time musim panas. Tudia peribahasa baru bakal dimasukkan dalam Arkib Negara pada November 2013.

Sabtu lepas, aku dengan Cha, Wawa and Dira pergi Alor Star nak tengok wayang. Cha dengan Wawa ajak tengok cerita Sinister, memang tak la weh. Aku memang la tak into sangat cerita2 seram. Bukan penakut, penyeram sikit. Buatnya roomate aku takde kat bilik malam tu, tak kan nak ketuk rumah pengetua tumpang tidur?

Cerita tu best. Aku memang suka cerita2 thriller ni. Cerita pasal anak beranak pergi bercuti kat Istanbul, and orang buru dorang untuk balas dendam sebab si Ayah pernah bunuh suku sakat yang memburu. Tapi yang tak syoknya, nampak benor deme nak tunjuk yang Islam ni terrorist. Yes, pemburu2 tu semua Islam. Siap recited Al-Fatihah, ada yasin, ada azan. 

Aku yang Islam ni pun tengok rasa geram je kat orang2 Islam dalam tu. Jahat benor nye pun. Yang penting apa dorang sampaikan bukan ajaran Islam. Islam tak pernah ajar untuk balas dendam. Yang jahatnya orang, bukan agama. Tapi biasalah omputeh, nak jugak tunjuk Islam terrorist, dan dorang berhati murni bak daisy di pagi hari. Ptuihhh!



Then nak pergi makan Shabu2 dekat Alor Star, konsep restoran macam Seoul Garden, tapi tutup la pulok! Time tu 3.30ptg, dia bukak 4.30ptg. Memang tak la nak tunggu sejam bila perut da lapar tahap kalau panggang paus sekor, habis tang tu jugak. Pastu kitorang decide nak makan Mc'D je.

Dalam pukul 6 pergi Tasik Jitra, budak2 ni nak main paddling. Aku naik dengan Cha, Wawa naik dengan Dira. Punya la kecoh

'Weh macam mana nak control benda ni?'

'Weh nape kita berpusing je ni?'

HAHA. Bila kat tengah2 tasik, tiba2 kitorang dengar bunyi 'Bushhhh'. Rupa2 nya ada laki kayak dia terbalik haha. Eh tak baik gelakkan orang Nadia. Nampak dia angkat tangan, rupanya dia selamatkan handphone dia yang da 'selamat'. Ouchh that's hurts! Touch screen tu, dari jauh nampak macam Samsung S III. Takde rezeki ye bang? Aku dengan Cha tergamam, kawan2 laki tu pun tergamam, then kitorang gelak. Boleh? haha. Da tu tak kan aku nak jadi heroin terjun tarik dia ke darat? Tak kuasa I nyah.

Malam, kitorang pergi makan (makan lagi) dekat kedai kawan Angah Wawa. Terbaik wa cakap lu tomyam dia. Yang spoilnya malam tu bola Kelantan lawan ATM. Tak tenang aku nak makan. Asyik tersedak tomyam sebab terkejut dorang bersorak. Demyuuu!

eh tak perasan pulak kayak terbalik masuk dalam scene haha. Cha cakap dalam ni dia buruk. Kau ingat aku cantik? tudung sengetnya, muka bulat. Tapi kau memang tak senonoh pun haha. Nanti gambar2 kau yang cantik aku upload dalam entry lain ye baby hahaha. *cepat bagi gambar yang kat camera kau! kalau tak aku sebar gambar ni ke seluruh dunia (ugutan)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance