Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 13 October 2012

slim vs tough

Sekarang ni ramai orang sekeliling aku nak kuruskan badan. Baguslah :D Memang dalam agama kita pun tak bagi berbadan besar, banyak mudarat dari manfaatnya. Tengoklah, Ust. Hasrizal pun gigih berdiet sekarang. Nabi Muhammad saw pun akan berhenti makan sebelum kenyang. Tu tandanya, baginda memang jaga badan, jaga pemakanan. Lagipun terlampau kenyang boleh buat kita jadi malas. Tapi aku time lapar pun malas -_-''

Aku ni takde la kategori besar, tapi takde la kategori kecik molek, sederhana je. Kalau kata nak diet makan tu memang tak, malas makan ye haha. Malas nak bersiap, malas nak turun pergi cafe. Conslusionnya memang pemalas! Tapi kat rumah, haaaa periuk pun aku gigit punya lahap. Yela, semua depan mata hee.

Tapi aku sedar, badan ni kalau tak jaga, esok2 rosak, esok2 boleh gemuk jugak, tulang2 reput. So sekarang ni, petang2 kalau aku takde kelas malam, aku pergilah merajinkan diri jogging pusing tasik. Bukan senang nak merajinkan diri, berat jugak diri ni untuk dipaksa, tapi seret jugak hehe. Satu pusingan, 30minit jugak la. Takde la aku jogging sepanjang waktu, selang seli dengan jalan, rasa penat jalan la kejap, kadang2 aku berhenti buat sit up dekat taman kecik belakang blok aku ni.

Aku akan jalan bila ada laki lari belakang aku, sebab aku nak bagi dia lari depan aku. Sumpah tak selesa lari depan lelaki, tak tahu kenapa huhu. Tapi bila dia lari depan aku, mula la 'ee kurusnya, ee banyaknya bulu kaki, eee besarnya otot'. Dasar mata keranjang! haha. The same reason why I feel discomfort to run in front of man. Kalau ada laki lari bertentangan dengan aku pun, aku akan slow kan sikit larian huehuehue.

Aku banyakkan minum air masak jugak, kurangkan minum manis. Makan kat luar pun kadang2 aku order sky juice je. Tak nak la muda2 kena kencing manis la, potong kaki la, nauzubillah. Selagi Allah bagi diri ni sihat, jaga la elok2, manfaatkan. InsyaAllah.

Ha lagi satu, sekarang aku tengok banyak laki2 yang aku kenal kemain giat nak jadi tough! Wow! Kurus tak handsome ke? Kurus lagi handsome la, boleh buli2, ni badan da macam Malik Nor, orang pun takut dekat haha. Junior aku, dulu kalau dari jauh aku ingat dia tiang bendera, sekarang amboi besarnya otot tangan. Kalau lempang orang, mahu berterabur 26 batang gigi. Kawan sekolah rendah aku pun sorang macam tu. Dulu, aku main ketuk2 je dia tu. Sekarang tengok badan dia rasa nak mintak ampun atas kesalahan lalu haha. Dulu panggil dia Osman Kering, sekarang kena panggil Aaron Azin haha. Kawan aku instructor gym kalau tak silap, hmmm padan la. Siap ada jual susu apa entah untuk besarkan otot. Ada ke suruh aku beli. Kau gila?

Adik aku pun macam nak tough kan diri. Rajin ke gym. Aku guna kuasa veto kakak nak halang dia boleh? haha. Pergi jogging, main bola petang2 sudah la. Pastu tak habis2 tunjuk aku perut dia, kata six pack dia nak nampak da. Bluerghhh! Kerempeng je aku tengok haha.

Tapi aku memang geli sikit tengok laki2 tough ni. Tak tahu kenapa. Hari tu kawan aku tunjuk video clip lagu Call Me Maybe kalau tak silap. Laki dalam tu tak pakai baju, memang la tough! Tapi geli la tengok haha. Jangan nak geli sangat Nadia, yang macam tu kau dapat karang T___T haha. *tadah tangan, berdoa*

*Laa, yang kau kecewa aku tak suka orang tough kenapa? Kau nak tough, buat la. This is my personal  opinion. Physical appearance boleh counting la. Haha. Kau aku tengok ada la potensi nak tough, yang lagi sorang tu hmmmm kalau mula esok, dapat cucu ke-4 kot baru tough! hahahahha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance