Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 15 October 2012

Ragut dan Hudud

A few days ago, aku terkejut sangat bila baca tweet kawan baik aku, Ros, bagitau dia kena ragut. Aku terus panik, tersentap jantung rasanya. Macam2 persoalan yang aku nak jawapan segera. 

'Dia ok ke?'

'Mana mana boleh kena? Kat mana? Bila?'

Eh tipu je ni kot (sedapkan hati), tapi memang tak sedap sebab aku kenal Ros, dia takkan buat lawak bodoh macam ni. Tapi bila fikir balik dia yang tweet, so aku assume dia ok, mungkin barang je hilang. 

Alhamdulillah, bukan bersyukur Ros kena ragut, but at least, she is fine. Barang2 tu semua boleh beli, duit boleh cari, rezeki Allah bagi, tapi Ros tiada pengganti. Auwww :') (Mesti Ros nangis baca ni haha)

Dia kena ragut time bawa motor, dia letak beg dekat dalam raga. Benda da nak jadikan? Kalau dia silang beg dia ke belakang and orang tarik, lagi worse aku rasa, sebab dia boleh terjatuh :( 

Aku pernah baca dekat somewhere yang bila kita nak tenangkan hati lepas kene curi, kita anggap je dia mencuri sebab terpaksa. Takde duit nak beli susu anak ke, takde duit nak bayar bil hospital mak ke. Memang susah nak bersangka baik, memang susah nak maafkan kesalahan orang kat kita. Tapi apa kita boleh buat pun? Nak paksa polis cari pencuri tu sampai dapat? Non hadooo, ingat senang nak cam? Kalau jumpa nak buat apa pun? Nak belasah sampai mati? Nak suruh dia ganti balik semua yang hilang? Da nama pun pencuri, sah2 dia pokai punya orang. Paling tidak pun masuk penjara, dia rela kot, makan free la katakan.

Memaafkan dan bersangka baik ni mulia. Mulia. Walaupun susah, tapi mulia. Selebihnya biarlah menjadi urusan dia dengan Tuhan.

Setiap yang hilang, Allah akan ganti dengan perkara yang lebih berharga. Mungkin bukan dari segi material, tapi rasa sabar yang tinggi, redha atas segala ketentuanNya, dan peningkatan iman. So which one you choose? Material or spiritual?

Kepada sekalian manusia yang jalan sorang2 ke, bawa motor ke, especially perempuan (tepuk2 bahu sendiri), hati2 la kat luar sana. Banyak syaiton, lembaga hitam dan macam2 anasir jahat. Sebelum keluar rumah baca la apa2 doa, mintak perlindungan pada Yang Maha Melindung. Jangan bawa banyak cash, letak duit dalam poket, tak payah bawa beg yang fancy2 sangat. Kalau aku pencuri, aku lagi cepat tertarik dengan beg2 yang striking colour. Eh? haha

Betul la, hukum hudud memang patut dilaksanakan. Hukum Allah tu, Allah yang suruh tahu? Aku nak cakap lebih pun aku tak expertise dalam bab ni. Karang memandai pulak. Tapi apa yang aku tahu, tak semua jenayah kena hukum hudud. Yang termasuk dalam hukum hudud pun ada syarat2 dia sebelum dihukum, bukan pakai tetak je tangan tu. Semua yang Allah perintahkan, berhikmah. 


Betul apa yang disampaikan. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance