Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 11 October 2012

Part of me is dying


Bila aku baca quote kat atas, rasa tertampar, rasa lari laju2 then terlanggar sliding door, rasa kene gelek dengan kereta kebal, rasa kena tekan kepala dalam air 10minit. Baru tersedar yang selama aku hidup, macam tak ada apa yang achievement yang aku da buat.

Baru tersedar, aku da habiskan 22 tahun dengan sia2. 22 tahun yang telah mati. 22 tahun yang aku tak boleh kutip kembali. Sebahagian usia aku da mati. Mungkin separuh, mungkin 1/3, mungkin 3/4.

Apa lagi kau nak Nadia? Da 22 tahun Allah bagi kau peluang untuk hidup, tak bersyukur-syukur lagi? Ada orang tak sempat merasa kasih sayang mak ayah, ada pulak yang tak sempat merasa dapat kawan2 yang awesome, ada yang tak sempat merasa nak bercinta dengan monyet, tak sempat nak merasa masuk universiti. Kau semua da rasa. So, please Nadia, after this lead your life wisely ok?

Dan aku memang tak boleh buat apa nak betulkan segala. Takdir da terjadi, ni semua qada' dan qadar. Walaupun ada benda yang disesalkan, but somehow I learnt from my mistakes. I hope all these mistakes, make me grow as a better person. Aameen.

Aku harap hari mendatang, aku akan gunakan dengan betul, dengan penuh manfaat. Aku harap masa umur aku 44 tahun nanti (kalau panjang umur), bila aku imbau balik hidup2 aku sekarang, aku akan tersenyum, aku rasa puas, dan bangga cerita kat anak2 (kalau ada rezeki, InsyaAllah).

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance