Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 6 October 2012

Kau tau tak?

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada sekali perempuan akan menangis tanpa sebab walaupun tengah tengok Jerry pelangkung kepala Tom dengan periuk

Kau tau tak?
Dalam sebulan, bila sampai harinya, ada perempuan yang tak reti nak senyum. Jangan bergurau bukan2 time tu, ada masuk hospital makan terompah karang

Kau tau tak? 
Dalam sebulan, ada sedetik perempuan akan rasa menyampah dekat orang yang dia sayang

Kau tau tak?
Dalam sebulan, kadang2 perempuan tunggu orang yang dia tak suka untuk contact dia

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada waktunya perempuan ni rasa nak marah je, walaupun tanpa sebab. Contoh; marah kucing yang tengah jilat bulu2 dia.

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada masanya perempuan tengok makcik restoran tengah potong bawang pun rasa menjengkelkan

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada satu masa perempuan yang banyak cakap akan jadi pendiam. Respond dia kalau tak angguk, geleng.

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada masa perempuan lemah lembut pun boleh jadi singa betina

Kau tau tak?
Dalam sebulan ada satu ketika perempuan makan lebih dari kebiasaan, nafsu makan mebuak-buak. Tak kira la tengah diet ke, tengah jaga badan nak kahwin ke.

Kau tau tak?
Dalam sebulan ada sekali, semua yang biasa perempuan buat, akan menjadi sebaliknya

Kau tau tak?
Aku syak kau tak tau. Belajarlah memahami perempuan. Bukan senang nak kawal satu hormon yang tak terkawal.

Tapi kalau kau dapat perempuan yang 29hari meroyan, sehari je normal, itu tak perlu bawa ke gynecologist, tu bawa ke psychiatrist.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance