Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 31 October 2012

Holiday is cuti you know?

Definisi cuti bagi aku, adalah CUTI. Bukan isteri Cumi yang nama Yati, yang kitorang panggil Cuti. Nama dia selalu menimbulkan ke-confius-an dalam perbualan seharian.

Contohnya 'Cuti, cuti cuti berapa hari?' Faham tak struktur ayat aku? Tak faham tak mengapa, orang yang dapat ujian IQ 165 je mungkin boleh faham. Lebih enak jika dia digelar cucur aku rasa. Walaupaun takde kena mengena dengan nama dia. Cucur mana yang tak enak oi?

Oh kembali kepada cuti. Bagi aku cuti, adalah cuti. Kenapa macam bangang sangat ayat tu. Maknanya kalau aku tengah cuti, janganlah bagi aku assignments suruh buat, or buku suruh study. Memang aku akan murka serta merta. Faham tak aku tengah cuti? Apa ke cerita time cuti suruh aku angkut buku ke sana sini, lebih baik Perdana Menteri tak payah bagi cuti. Perdana Menteri kan yang bagi cuti kat kita?

Dua hari lepas aku dapat emel soalan test untuk test Professional Practice 7hb Nov ni. Mesti terdetik dalam hati korang 'apa barang test dapat soalan dulu!' Kan? Kan? Hah tak payah nak kelentong, aku dapat baca hati iri hati korang. Ngeh.

Aku bukak je email, aku tengok nombor soalan yang tertera, terus aku sign out. Begitulah peribadi pelajar berwawasan seperti aku. Dan sampai sekarang aku tak tahu rupa soalan2 tu. Adakah se-handsome Adi Putra? Adakah segagah Aaron Aziz? Adakah seayu Rita Rudaini? Secomel Nadia Roslan? Ataupun sehodoh Opera Cina?

Aku tak nak ambil tahu sebab walaupun aku ambil tahu, aku tak kan ambil tahu. Haha. Dapat soalan pun, serupa tak dapat soalan. Lecturer tu pernah suruh baca artikel Prof. Syeridan tahun 1988. Amboi, tu zaman batu tu Sir, bahasa sanskrit agaknya dia guna, mana saya faham kah kah kah.

Aku test 7hb, tapi aku nak balik 6hb. Persoalannya sekarang, bila aku nak study? Persoalan yang aku taknak jawapan, korang simpan je la dalam hati kiki.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance