Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 24 October 2012

cuti sem & Sinister

Aku start cuti midsem esok, 25hb, sampai 3 Nov nanti. Tapi sekarang aku da kat rumah, and maybe balik UUM balik 5 Nov ke, 6hb ke HAHA. Suka hati aku je buat cuti sendiri. Kalau adik aku, ponteng 1 kelas pun da risau, gelabah haha

Semalam aku balik dengan Cha. Dari Jitra ke Penang, dalam bus ada 4 orang je. Memang heaven gilos la. Rasa macam orang kaya, sewa private bus. Conquer 2 seat sorang, tidur kikiki. Tapi sampai Penang awal gilos, pukul 12.30tengahari, padahal bus pergi Kuala Kangsar pukul 3.30ptg -_-''

Punya la tak tahu nak buat apa, sampai da nak ke Pulau Pinang, tapi pakcik ferry cakap takut jam kat sana, nanti tak sempat sampai Butterworth balik. Bukan jam atas laut, jam dekat Pulau tu. Eh tak perlu explain pun orang faham kot Nadia haha

Then kitorang tidur je la kat surau. Sampai Kuala pukul 5 petang, ayah ambil. Cha tidur rumah aku. Pagi tadi aku pergi hantar dia kat Medan Gopeng nak balik Seremban.

Tapi sebelum tu sempat tengok wayang. Mula2 nak tengok cerita cartoon, tapi terlepas. Cha ajak tengok cerita Sinister, aku pun on je la. Tapi cerita tu sumpah laaaaa scary gila dengan banyak terkejut. Bayangkan aku da tanggal spek pun, aku tetap tengok cerita tu melalui celah2 jari je hahahaha sungguh penakut comel diri ini kurasakan. Cha konon berani, tapi genggam tangan aku taknak kuat pulak haha.

Cerita dia pasal roh jahat, makan roh budak2. Budak2 tu bila kena 'takluk' dengan roh tu, budak tu akan bunuh semua ahli keluarga dia. Memang kejam la cara bunuh. Bila kitorang keluar je wayang;

Cha, 'Apehal aku kecut perut lagi ni?'

Aku, 'HAHA aku pun weh. Nasib baik adik aku ada balik tidur dengan aku malam ni' -_-''

'Mr. Boogie'

Bus pukul 2.30, pukul 2 baru keluar dari JJ. Memang aku drift la. Sekali da sampai depan Medan Gopeng, jammed pulak sebab orang baru balik lunch hour. Masak kalau terlepas bas. Menangis minah tu bersama-sama lembu yang bakal disembelih nanti haha. Nasib baik bus tu tunggu dia, dia naik je bus terus jalan hehe. Dia bla, adik aku pun sampai dari Klang. Memang terbaik timing yang Allah da aturkan :)

Cha, thank you spend time together. Sorry kalau ada kekurangan layanan hehe. Nanti datang sini lagi, mak aku pun da jemput kan? hehe ;)

Oh da jumpa Arissa dengan Haziq. Mengada dua2 taknak orang, nak umi dorang je. Tapi yang kelakar Arissa, aku dukung dia, then dia nangis. Tapi bila nampak aku pegang makanan, terus cakap 'nyum nyum' HAHA amboi adik, baru 8 bulan selera kalah ayong. Kalau duduk bawah, pegang makanan, tiba2 kau rasa makanan kau ada orang gigit, tengok dorang merangkak datang kat kita, da macam kucing hahahah

Arissa gedik


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance