Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 28 October 2012

Best (Boy) Friends

Aku tak ramai kawan, kawan rapat maksud aku. Setakat kawan Hi Hoi Woi Weh tu ramai la. And mostly my best friends are girls. Senang kawan baik perempuan ni, banyak aktiviti gila2 boleh buat sama2. Kalau dengan laki terbatas sikit. Dulu yela jahiliah sikit, tak kisah nak hoha hoha sama2.. Sekarang malu la jugak. Hewhewhew

Dulu aku ada la 4 5 orang kawan baik laki (sekarang da makin jauh haha). Tapi ada sorang dua je aku banyak kongsi cerita. Tapi aku jenis tak contact dorang dulu especially kalau dorang da ada girlfriend or future girlfriend. Aku tak tahu kenapa aku 'berat' sikit nak initiate conversation. Aku rasa aku tak patut 'kacau' orang punya walaupun  he used to be my best friend.

Tapi sekali dia called, ha amek kau, sejam aku merepek dengan dia.

'Kau memang takkan contact aku dulu kan Nad', ujar seorang sahabat

'Hahaha tak la, malas la, nanti apa pulak awek kau kata'

'Dia ok je la, korang kan pernah jumpa'

Ha lagi satu, aku suke kawan dengan girlfriend kawan aku, supaya tak timbul salah faham, syak wasangka. Walaupun girlfriend memang ok, tapi deep inside my heart, I know I must limit the relationship. Hati perempuan kan. Insecure level tinggi memuncak ke lapisan langit pertama haha.

Tapi aku pernah jadi punca kawan laki aku gaduh dengan awek dia. Perghh bersalah gila rasa. Aku tak tahu la awek dia sengaja ke apa, tapi time tu number kawan aku tu call aku berapa kali, aku angkat, sekali dengar dorang gaduh je. Yang ni aku tak kenal awek dia huhu. Aku rasa memang on purpose perempuan tu nak bagi tau aku yang aku punca segalanya. Rasa macam orang ketiga pulak kah kah kah

Then malam tu aku terus message kawan aku, cakap kalau awek dia tak bagi kawan dengan aku, tak payah la. Aku chill je, ramai lagi kawan aku haha. Tapi dia nak jugak kawan dengan aku -_-''. Lantak kau la labu, awek kau serang aku, siap kau!

Lepas benda tu lagi aku fobia nak kawan dengan boyfriend orang, ha fobia terus kau haha. 

Lantak la dorang nak kata aku sombong ke apa, janji aku tak jadi punca. Ye dak?

Tapi selalunya dorang cari aku time ada masalah je (amboi2, ambil kesempatan haha), walaupun dorang tak cerita masalah tu.

'Kau boleh buat aku gelak Nad' Ha aku tau la, mesti tengah ada masalah ni.

Even though, I never initiate the conversation, but please know that I always have ears for you guys! :)




No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance