Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 27 October 2012

Aidiladha 2012

Aidiladha dalam keluarga aku disambut tak semeriah Aidilfitri. Aidilfitri mungkin sebab kita puasa, tu yang seronok sikit nak sambut. Time pergi haji nanti kot aku akan rasa kemeriahan Aidiladha, insyaAllah.

Time raya haji pun aku tak pakai baju kurung ke baju moden ke, baju pahang ke, kebaya ke. Pakai tshirt dan seluar biasa je la. Takde siapa pun datang. Paling tidak pun saudara dekat2 je. Kalau ada orang nak masuk minang, berbaloi la jugak pakai kah kah kah

Tapi tahun ni, pelik sikit. Sehari sebelum raya, preparation keluarga aku buat memang lain dari tahun yang lain, kalah masa nak sambut Aidilfitri. Buat ketupat, rendang, lemang, kuah kacang. Amboi mentang2 tak puasa, boleh minum2 time buat kerja haha. 

Aku syak parents aku, makcik and pakcik aku semua da masuk next phase dalam hidup la. Da datang jiwa tok nenek dalam diri dorang haha. Yela, tok nenek la rajin buat2 benda tu semua. Sabar mak ayah, Nadia calon pun takde lagi haaa haha

aku tolong kemaskan je. Tak reti aku nak belit2 benda ni. Adik beradik ayah 12 orang, 2 orang je pandai anyam ketupat haha

menjadi oh walaupun da berabad tak buat. Oh yang ni aku tolong rasa je hehe

keringkan santan

Pagi raya balik rumah pah. Pah masak laksa, nasi impit, kuah kacang, lontong. Terbaik. Kerja aku dari pagi sampai malam makan je. Alhamdulillah rezeki. Oh aku da capai berat ideal aku, sekarang kena mantain kan je. Tapi raya2 ni naik rasanya hewhewhew.

Malam raya pergi makan Pizza Hut, makan besar lagi. Raya ke-2 pah masak mee hailam. Pun terbaik. Camno nak mantain ni? haha

Aku kalau raya memang tak suka makan daging. Semua makanan berasas kan daging -_-'' Bukan tak bersyukur, tapi tak selera. Last balik rumah masak sardin, goreng telur. Burppp, Alhamdulillah :D



No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance