Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 8 September 2012

Sintok, again.

Petang tadi aku sampai Sintok. Sem ni aku bawa motor. Dalam perjalanan tadi, pejabat pos telefon bagitau motor da sampai. Cepat benau, kata seminggu. Dengan helmet dekat UUM nya, so tak kan nak patah balik, maka beli la helmet baru. Sepanjang perjalanan hujan jee, ada setengah tempat memang lebat kemain. Da lama tak hujan, sekali hujan amek kau. Maka, kena la beli baju hujan sekali.

Aku bawa motor dari Jitra ke UUM, ayah follow dari belakang. Ayah demam, so tak kan nak bagi bawa dalam hujan kan, durjana sungguh kalau suruh ayah yang bawa. Lepas berhenti makan, hujan pun renyai2. So dari Changlun nak ke UUM, aku pakai baju je, tak pakai seluar dia. Sekali da nak sampai hujan tudiaaa lebat nak mampuih baq ang. Basah kuyup kaki aku dan ke bawah, kalau aku kencing dalam seluar pun takde siapa tahu. Eh? hahaha.

Aku tak tahu boleh apply sticker lagi ke tak boleh. Kalau tak boleh kita bawa cara illegal la ye dak? Apa ke susahnya haha.

Oh macam tak percaya aku da jadi budak final year. Budak paling senior dalam UUM, sebab kat sini tak banyak kos 4 tahun, mostly 3 tahun je. ya Allah, permudahkan segala urusan aku dengan kawan2 sepanjang 2 sem ni. Ameen

Aku da start homesick. Rindu budak2 kat rumah, especially Fatini. Dia asyik tak bagi aku balik je. "Ayun, jangan la balik, nanti kak ngah nangis macam mana?". "Mak, boleh tak ayun tak balik?" T________T Bulan 10 nanti kita jumpe ye sayangggg :D

Aku sorang2 kat sini, kawan2 tak balik lagi, roomate pun tak balik lagi. Syahdunyaaa duduk sorang2, hujan pulak tu. Nasib baik dalam bilik tak hujan huhu. Conclusion nya, aku tak suka duduk sorang2! Huh!

Doakan aku survive dengan tenang dekat sini :)

Eh mana pergi cuti 2 bulan setengah aku? Rasa macam 2 hari je -_-''

Thank you mak and ayah hatar Nadia tadi, tolong angkat barang. I love you both so much, lillah :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance