Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 30 September 2012

siapa mahukan musibah?

Tanyalah siapa2 pun, ada tak yang nak volunteer terima musibah? Tak kira la kecik ke besar, takde siapa sanggup nak hadapi apa2 musibah. But somehow, kadang2 musibah dan rasa sedih la buat kita makin dekat dengan Allah. Allah tak kan bagi ujian kat kita tanpa sebab.

Semalam aku dapat message bagitau kakak dan adik saudara aku terlibat dalam kemalangan. K.Nadia dengan Natrah bertembung dengan Hilux, dorang naik motor. Abang Natrah (Azam) kebetulan satu kelas dengan aku. Pagi tadi Azam message aku bagitau keadaan dorang.

Bukan nak propa, tapi keadaan dorang agak kritikal dan merisaukan. Pukul 8pagi Azam message aku, dua2 tak sedarkan diri lagi. Natrah paling teruk, dikhabarkan peha kiri dia hancur. Dan pagi tadi dia dalam operation theater for internal organs damaged. Innalillah. Allahuakbar. 

Ni bukan calang2 ujian, walaupun jadi kat family jauh aku, aku rasa kesedihannya jugak. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kak Nadia da la ada anak kecik. And adik beradik dorang ni peramah, so aku tak pernah kekok bila jumpa dorang.

Dalam keadaan macam ni, nothing much we can do. The only options we have are, to keep praying, stay strong, and have faith.

Azam, stay strong. Mak kau perlukan kekuatan dari kau. Aku tau bukan senang nak terima benda ni, aku tau kau paling rapat dengan Natrah and K.Nadia. Kami doakan yang terbaik. Harap korang pun boleh doakan.

*Tapi aku kesal, ada jugak sesetengah orang buat main2 benda macam ni. Accident lanngar bumper, di propanya langgar bangunan. Ada yang lagi dasyat, tak accident pun tapi propa satu dunia yang dia accident siap masuk ICU, patah riuk 36 tulang, takde harapan untuk hidup. Macam2. Ingat sedare, setiap apa yang kita cakap tu DOA. Macam mana la boleh terfikir nak doa bukan2 untuk diri sendiri. Kena betul2 baru kau tahu langit tinggi rendah. Nauzubillah.

**Oh lupa nak bagitau, adik saudara aku yang mengalami barah otak tu, da selamat kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance