Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 29 September 2012

rindu masakan mak

Semalam pergi Jitra beli barang sikit. Time tu da lapar da. Nasib baik Maria parking dekat dengan kedai roti, macam tau2 je. Beli sandwich telur, tang2 tu jugak habis. Gila gelojoh haha.

Then lepas Asar pergi rumah Dila, mak dia buat makan2. Mak Dila memang la tiap tahun menjamu kitorang makan. Ni bukan langkah kanan da ni, ni langkah tarian zapin namanya. Mak dia masak nasi beriani, nasi putih, ayam masak merah, ikan masak merah, daging malberi, dengan acar sayur. Ya Allah, sedapnyaaaa *mouth watering* Memang tip top. Da la da lama tak makan air tangan mak ni kan, yesterday I just felt like I'm at home *tears*

Memang takde la nak tangkap gambar makanan bagai. Da la tengah lapar, sempat pulak. Bukan tengok gambar di kemudian hari boleh kenyang. Haha. Siap ada desert Tagine dengan kek Tiramitsu lagi. Kurlasssss! Terbaik, tip top. Dila dengan mak dia memang boleh bukak kedai makan la.

Mak dia memang pandai masak, Dila pun pandai masak. Lai lai siapa nak jadikan Dila isteri, memang bakal boroi. Haha suka hati aku je promote orang. Thank you mak Dila, and Dila sebab bagi makan. Moga Allah murahkan rezeki korang :)

Oh 23hb Okt ni aku balik nak cuti midsem. Patutnya cuti start 25hb, tapi biasalah aku, siap dengan konfiden da beli tiket. Kalau tiba2 lecturer buat test time tu, memang burn 20% aku, bukan burn duit tiket, sebab balik tetap balik haha tegar! InsyaAllah Cha ikut aku balik, 24hb aku hantar dia pergi Ipoh nak balik Soromban. Ajak sembelih lembu sama2 tak nak haha.

Tak sabarnya nak balik. Nak jumpa family, rindunyaaa. Nak makan masakan mak. Nak pau ayah *ehem dengar cerita dapat bonus ayah huehuehuehue.

Dengar cerita lepas balik dari cuti midsem, belajar seminggu then dapat cuti lagi seminggu sebab minggu tu ada cuti Deepavali dengan Awal Muharram. Mintak2 jadi kenyataan, kalau dapat extend 3minggu terus lagi la rasa nak sayang UUM lebih banyak haha. Hipokrito.

*lapar la teringat masakan mak Dila semalam T___T *saliva drops

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance