Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 25 September 2012

Kad Siswa 1 Malaysia

Pandai kerajaan bodek belia kah kah kah. Siapa tak suka diskaun2 ni kan? Kad ni da start edar da. Yang aku tak puas hati dengan U aku ni, ape hal budak final year ambil last sekali? Disebabkan kitorang boleh menikmati kad tu kejap je, bagi la kitorang amek dulu :P Takpo la, janji dapat Ahad ni. Tapi nak keluar hari Jumaat, camno? 

Aku ushar laman web 1pengguna.com, nak tahu produk apa yang boleh AKU guna dengan kad tu. Banyak jugak syarikat ambil bahagian, tapi 70% aku tak familiar hahaha. Hantam saja la labu.

Dia banyak jugak kategori. Yang ni yang aku familiar la:

Pembelajaran / Percetakan / Cenderamata
1 habuk aku tak kenal syarikat2 yang ambil bahagian -_-''

Sukan & Rekreasi
hah ni tempat berkubang aku je. Lepas ni boleh pergi setiap bulan haha

Yang ni pun dekat dengan kampung halaman hamba :D

yang ni macam selalu nampak. tapi tak tahu kat mana huehuehue

Lain-lain
Bawah kategori ni pun aku tak familiar sangat, tapi banyak dobi. Awat dobi DPP aku tak ambil bahagian? T__T

Salun / Pusat Kecantikan
Ni lagi la aku tak tahu. Natural beauty kan, buat apa nak pergi pusat kecantikan haha

Penginapan / Pengangkutan




Ni masyuk jugakk walaupun macam tak de kena mengena dengan aku. Makin kerap la kawan2 aku balik macam ni haha

ni kalau duduk KL / Selangor memang untung la. Budak2 UiTM sana la untung. UUM mana ada rapid, UNIC je adoo :P



Kangar je? Tak 1Malaysia la macam ni

Makanan / Minuman



Dear Mc'D, why you didn't take part? You make me sad T__T. Hope, soon you will be a part of 1Malaysia! Jyeahhhh!

Klinik Kesihatan / Optometri


Banyak lagi farmasi, klinik, dan optometri yang ada. Tapi, aku tak kenal 

Pakaian / Kelengkapan Sukan

Part ni entah celah mana punya butik yang ambil bahagian aku pun tak tahu. Tiba2 ada batik punya butik. Ingat kitorang hari Khamis kena pakai baju batik ke? haha

Buku / Alat Tulis


These, I like the most. Muahh Muahh. Banyak lagi kedai buku, tapi kedai buku jalanan. Gitewww

Automotif
Tak mampu eden T___T. Lagipun tak familiar pun nama2 kedai tu.

Peruncitan


Nasib baik kat Ipoh da bukak Mydin besar baq ang! Tq Cik Din. Bye2 Tesco & Giant

Produk IT
Yang ni pun aku tak tahu kat mana kewujudan kedai2 tu. Kayangan mungkin

It just for starting I guess. Mungkin makin lama makin banyak kedai terlibat. Tapi aku da final year, jangan berangan nak merasa. Rasa je la sisa2 ni dulu T___T

Tapi still ada syarat2 dia. Ada yang diskaun 10%, ada yang 5% je. Ada yang sampai 50%. WOW! Kena tengok la T&C dia






No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance