Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 28 September 2012

Fire Drill

Kat sekolah dulu ada la jugak 2 3 kali buat latihan pengosongan bangunan ni, kat asasi pun ada sekali tak salah. Dan semalam aku mengalaminya lagi sekali, and it was the most worst experienced ever! Ketua projek sengal ala2 Squickward aku rasa. 

Begini kisahnya ~~drum roll~~ Dalam pukul 1 aku da tidur. Then dalam pukul 3 tiba2 aku dengar bunyi letupan yang maha dasyat, berdentum-dentam. Macam ada rusuhan senjata. Siap ada sound effect perempuan menjerit-jerit. Aku ingat aku mimpi. Sumpah ketar masa tu, sebab aku rasa macam dalam dunia perang dan aku akan jadi mangsa tebusan sebab ada pengganas nak tawan UUM sebab sistem macam &*&^$# (over imagination aku)

Then ada orang ketuk pintu macam nak roboh 'Keluar! Keluar! Keluar! Kecemasan!'. Bila roomate aku bukak pintu, aku nampak ketua paras aku suruh keluar cepat2. And she well dressed. Hmmm something fishy here. Aku nak pakai tudung, boleh dia cakap 'eh tak payah, tak payah, kecemasan ni'. Bluerghhh? Then aku capai je tuala tutup kepala. Nasib baik aku tidur dalam berpakaian sopan.

Oh letupan tu still berbunyi. On my way nak turun dorang blackout kan blok. Bongok. Kalau aku salah langkah, 258 orang depan aku tersungkur sama. Bila sampai bawah, aku nampak AJK lelaki tengah pasang mercun bola. Dalam hati aku da sumpah seranah kot, 'This is crap!' Kau ingat lawak ke benda2 macam ni?

Then suddenly aku teringat, aku pernah pergi pejabat dan terdengar sorang laki ni tengah bincang pasal Fire Drill dengan orang pejabat. Aku cam muka kau ok wahai lelaki *sambil simpan mercun bola dalam poket kanan, lighter poket kiri. 

Ada sorang budak pengsan, mungkin lemah semangat, sampai ambulans datang. Mercun bola kot, baling kat tepi bilik, hantu pun terkejut woi! Kau takde cara yang lebih efisyen ke? Lame!

Then biasalah ada taklimat bomba. Dapat bomba pulak jenis kuat bebel. Sistem pemadam api dekat hostel tak sempurna pun kitorang kena bebel. Pergi pejabat la hentak meja pengarah kalau berani. Kitorang bukan boleh buat apa pun. Ha membebel la sorang2, aku duduk belakang main game (sempat grab handphone huehuehue)

Kak, bang oi, nama pun LATIHAN. Bagi la warning awal2. Then buat rule siapa tak turun dalam masa ditetapkan, denda je la. Tak payah nak gelabah sangat la tak bagi pakai tudung semua, bukan darurat pun. Lawak pun ada, ada yang turun free hair, pakai kain batik, baju terbalik, bawa beg pun ada. Da la tak briefing tangga mana nak guna, kat dinding pun takde tampal plan kecemasan. DPP lain pun bising sebab bunyi mercun sampai ke dorang dengar. Aku rasa ada 50 biji mercun bola yang terkorban semalam. Sumpah tak sistematik. Budak sekolah lagi bijak nak manage benda ni.

Bilik pun tak bagi kunci, konon tak sempat. Kamon la weh, kalau betul kecemasan aku rasa AJK terjun dulu. Kalau barang aku hilang semalam, memang aku hempuk laptop atas kepala AJK sorang2.

Kalau aku sakit jantung, malam ni memang kat rumah aku tengah majlis tahlil

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance