Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 17 August 2012

tamatlah riwayat shopping raya tahun ini

Semalam aku pergi Ipoh dengan adik2 nak hantar biskut raya yang Pakcik Ahmad dengan Iylia tempah. Sempat la sembang2 dengan dorang kejap. Kejap ke? Sampai Nadzirah call suruh cepat kuikuikui. Alhamdulillah ya Allah, atas rezekiMu ini

Lepas tu pergi JJ, belikan baju untuk Hafiz. Nasibla kan shopping dengan aku, aku kan kakak yang tegas kikiki. When I said No, there is no turning point to make it as Yes. Begitu. Boleh jadi cikgu displin

Aku teringin nak makan Mc'D. Masa aku lalu depan Mc'D, aku tengok semua Cina. Yela, kalau ada Melayu tengah makan mau lepas tu kene usung dengan kereta jenazah. Sanggup? Tapi aku nak gak. Dengan muka bajet slumber aku masuk la. Abang Mc'D yang tengah lap meja berhenti pandang aku haha. Relax la bang, saya nak bungkus la! Aku pun beratur, sekali tengok ada balik GCB dengan fries limited edition. Rezeki, tak rugi buat muka tak malu masuk Mc'D kiki. Bila aku nak balik je, aku pandang belakang, berderet perempuan pakai tudung tengah beratur. Sebelum ni segan ye kak? Kita bukan tak puasa kan kak? Alang2 da keluar, beli la terus ye dak? Tiba2 aku rasa, aku perintis kejayaan. Kau memang suka tiba2 Nadia!

Malam tu keluar pergi bazar dekat Kuala Kangsar pulak. Nak cari baju Melayu Hafiz jugak. Asyik dia je. Nasib baik kakaknya da settle awal tapi semalam pau jugak tudung 2 helai hihi. Selagi tak takbir raya, selagi tu tak habis shopping ye kau Beron. 

Masa pergi bazar tu aku cari satu kedai steamboat. Time puasa je aku jumpa abang tu and the gang meniaga. Steamboat dia terbaik. Baik tak baik la, 3x aku beratur beli -_-''. Air dia pun sedap, bukan macam setengah kedai, air asam rasa air gula. Aku tanya la abang tu, dia tak meniaga ke hari2 biasa. Dia kata tak, bulan puasa je. Hampa aku, entah sempat ke tak nak merasa steamboat dia tahun depan T___T

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance