Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 6 August 2012

mahram semestinya keluarga, keluarga tak semestinya mahram

Keluarga bagi aku mak ayah, adik beradik, tok nenek, pakcik makcik, termasuk sepupu sepapat, ipar2, biras. Sekali semua berkumpul, mahu roboh rumah dibuatnya. Keluarga aku memang rapat antara satu sama lain. Alhamdulillah tak pernah langsung bermasam muka, sesekali jumpa memang meriah.

Sebab ikatan yang rapat, aku anggap semua macam mahram aku. Dulu aku fikir, tak kanlah aku nak kahwin dengan sepupu aku yang da macam adik beradik? Mustahil lah aku akan kahwin dengan pakcik ipar aku. Giteww. Makanya, memang bogel lah kepala aku depan dorang semua. 

Tapi aku terfikir, kalau aku tak tutup aurat dengan laki yang aku rasa aku tak kan kahwin dengan dia, maknanya tak payah la aku tutup aurat bila keluar, ye dak? Tak kan la aku nak kahwin dengan laki2 orang kat luar tu. Boleh ke giteww? Mesti la tak boleh! Aurat tetap aurat, dengan bukan mahram dan non muslim paling kena jaga.

Aku duduk rumah ni ada sekali dengan pakcik ipar aku. Mula2 memang janggal sikit nak bertudung dalam rumah. Kadang2 panas ya amat. Tapi alah bisa tegal biasa kan? Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih. Tapi nak kata aurat aku sempurna tu mungkin tak lagi, tapi pelan2 la. InsyaAllah :)

Kadang2 aku lepak je dalam bilik, malas nak keluar. Tapi mustahil la tak keluarkan. Aku ada sorang sepupu lelaki yang sebaya aku, memang slumber badak dia je. Mungkin dia tak perasan aku da pakai tudung depan dia. Hari tu tengah aku dalam bilik pakai cream muka, boleh dia slumber masuk baring atas katil baca komik? Tergamam aku. Dulu memang tak kisah, tapi sekarang kena kisah. Tapi nak buat macam mana, salah aku jugak. Dari dulu taknak jaga, da 22 tahun dia dengan aku macam adik beradik laki perempuan, sekarang baru aku nak gap kan sebagai sepupu. Harap lepas ni semua orang akan faham. 

Doakan aku terus istiqomah :)

Sekian, yang ikhlas;


Nadia the woody 

2 comments:

  1. nice nadia..baguss..takpe..akak dulu pon macam tu.now bertudung dirumah bila dihadapan mereka yg bukan mahram tp sangat close adalah perkara biase..

    ReplyDelete
  2. hehe tq kak. tu la, harap lama2 akn sebati dgn diri. doakan nadia :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance