Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 9 August 2012

Iftar - Rest House Lenggong

Bila aku cakap dekat family aku, aku nak berbuka puasa dengan kawan2 kat Lenggong, dorang gelakkan aku.

Takde tempat lain ke?

Kedai apa je ada kat Lenggong tu?

Amboi gelak2. Aku hidup je cukup makan 5 tahun survive kat hutan tu haha. Selalunya kitorang pergi iftar dekat Ipoh. Tapi tahun ni mak ayah tak kasi sebab bahaya kan, semua perempuan, balik pun da lewat malam. So as an obedient daughter, I just follow what they say :)

Tadi ada aku, Ros, Faz dengan Wani. Paling nak jumpa minah doktor dari India ni la, Faz. Bukan senang nak jumpa bakal doktor ni. Lepas rindu. Walaupun jumpa setahun sekali, sekali jumpa macam jumpa hari2 :D

Tadi tak ambil buffet sebab nak balik awal, buat rugi je. Ambil set. Tomyam, daging masak merah, telur dadar, kailan ikan masin. Rasa boleh tahan. Tak ambil gambar pun sebab suasana sana ala2 romantik sikit.

Thank you Faz for kain sari :) Boleh aku menari golek2 dengan Arjun Rampal lepas ni haha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance