Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 9 August 2012

Iftar - Doli, Taiping

Hari ni berbuka dekat Doli dengan family. Kotiau goreng dia memang menjadi kegilaan ramai, tapi bukan bagi aku. Aku makan nasi ayam dia, not bad. Hari ni prestasi dia mengecewakan. Nasi ayam RM5 sepinggan, tapi nasi adalah segenggam tangan aku. Sumpah la tak puas. Ayah cakap, kotiau dia pun spoil hari ni. Bersyukurlah Nadia, boleh jugak berbuka kat luar. Nabi kita kan kalau baginda tak suka sesuatu makanan tu dia tak banyak komplen, dia tinggalkan je dan diam. Bukan macam kau, makan habis tapi komplen banyak -_-''

Lepas solat, kitorang pergi beli barang raya. Kenapa entah, bila raya semua nak baru. Tapi dapat dikontrol. Pau kasut dengan wallet je tadi huehehue. Tahun ni je aku pakai 4 wallet da. Macam setengah perempuan suka kasut, handbag, ha aku suka wallet walaupun dalamnya kosong tak berduit hahaha.

Aku ada dengar ceramah, Nabi kita solat tarawikh selang2 kat masjid dengan kat rumah. Sebab baginda taknak sahabat2 baginda ingat solat tu wajib di masjid. Lega sikit dengar ceramah ni, takde rasa berdosa sangat huhu. Alhamdulillah, aku rasa tahun ni lagi baik dari tahun sebelumnya, walaupun tak mencapai target, tapi lebih baik :)

Lailatul Kamdar -_-''

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance