Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 12 August 2012

Iftar - big family :D

Tadi adik beradik ayah berkumpul nak berbuka sama2. Tak semua ada, just half of us. Keluarga Maknyah, Ayah, Pakteh, Maksu, Cheman, Mak Ida, dan Cumi. But it was great and fun! I'm really love it. 

Setiap family buat satu juadah. Yang ada tadi, lemak labu, lemak rebung, daging malberi, sambal sotong, sambal telur, ulam jantung, sambal kuinin, bihun dengan kek. Perghh, memang makan besar la. Tak muat dapur, kalau semua balik memang kena sewa khemah aku rasa huehuehue.

Lepas solat, budak2 main bunga api tahun lepas, nasib baik tak masuk angin lagi. Seronok sekali sekala berkumpul macam ni. Kitorang memang selalu berkumpul, tapi berkumpul bulan puasa lain feel dia. Rasa lebih diberkati giteww. Alhamdullillah atas rahmatMu ni Ya Rabb.

Allah Maha Adil. Dia kurniakan kita malam Lailatul Qadar sebab umur umat zaman kita pendek2, tak panjang macam umat2 zaman dulu, yang boleh lebih lama beribadat kepada Allah. Umur Nabi Nuh as 1000tahun ye adik2. See, Allah sangat permudahkan kita. Beribadat 1 malam, boleh dikira bagai beribadat 1000 malam. MashaAllah, sungguh besar kurniaanMu. Di malam Lailatul Qadar, Jibril akan turun untuk bersalam dengan orang alim/beriman, dan orang tu akan sebak tiba2 bila disalami. I dont think I will get such an absolute honour, but insyaAllah. Semoga semua dari kita mendapat keberkatan malam Lailatul Qadar. Ameen :)

Ramadhan, you'll be missed!

Psst, baju raya I da siap huehuehue

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance