Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 18 August 2012

Eid Mubarrak



Satu2 nya lagu 2010 dan ke atas yang aku boleh terima.
The lyric, touch my heart deeply.

Betul lah bila tengok2 balik, dari kecil sampai ke besar, persiapan raya untuk anak2 memang cecah ribu riban. Untuk mak ayah kadang2 500 pun tak sampai. Kalau ayah aku lagi la, kalau mak tak belikan, jangan harap dia ada walaupun sehelai baju raya. Ayah memang low profile, sangat la low. Mungkin dia da biasa hidup susah masa dia kecik2 dulu, so dia memang tak kisah benda2 ni. Baju Melayu pun buat 2tahun sekali. Jangan anak2nya, setahun berpasang-pasang.

Mak ayah terlalu banyak berkorban untuk kita. Pagi petang kerja, tapi slumber anak2 habiskan duit T__T. Mak tiap kali berbuka tanya anak2 nak makan apa, dia nak makan apa anak2 tak pernah tanya. Duit bonus ayah seposen tak beli barang dia, semua anak2. Kalau anak2 still tak hargai mak ayah, tak tahu nak cakap.

Mak Ayah,
Terima kasih banyak2 untuk segalanya.
Nadia memang tak mampu nak membalas segala jasa mak and ayah, hanya Allah yang dapat membalasnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan segala salah dan silap Nadia, sengaja atau tak sengaja.
Halalkan segala makan minum harta benda yang Nadia ambil, sengaja atau tak sengaja
*Esok Nadia mintak maaf praktikal punya, ni teori ;p



This video is indeed true
Selalu kita tengok, time raya da tak kira pangkat, jantina, pakai salam je, lagi naya siap peluk cium laki perempuan bukan mahram.
Kita bukan Hollywood sedare
Aidilfitri adalah untuk meraikan fitrah kita.
Kembali kepada fitrah, boleh makan di siang hari
Fitrah sebagai umat Islam, amalkan amal makruf nahi munkar jangan ditinggalkan walaupun kat bulan apa kita berada.
Bulan Ramadhan, kita berjaya elakkan perkara2 mungkar, solat di masjid, bersosial dengan masyarakat time moreh. Maka, teruskan la sampai bila2. InsyaAllah
Moga kita diberi kesempatan untuk sampai ke Ramadhan yang akan datang. Ameen

Salam Aidilfitri
Maafkan segala salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak sengaja
Halalkan segala makan minum, harta benda, yang diambil secara sengaja atau tak.
Moga Aidilfitri kali ni lebih bermakna dan dirahmati Allah 

Yang Ikhlas,
Nadia Roslan

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance