Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 10 August 2012

barang pun ada perasaan?

Korang pernah dengar tak barang merajuk? Macam kita bising nak beli kereta baru, beberapa detik lepas tu mesti kereta lama meragam. Pernah alami? Mesti pernah kan kan kan? Tak tahu lah ini suratan ke kebetulan. ewahhh haha

Aku pernah alami! Tapi situasi lain sikit. Masa tingkatan 5, ayah belikan aku laptop. Aku sayang gila laptop ni. Sampai tahun lepas aku pakai. Memang takde major problem, semua minor je, tu pun jarang2. Ibarat kalau nak buat autobiografi 'aku sebuah laptop', memang berkajang memori dia dengan aku. 

Atas sebab faktor usia, tahun lepas masa guna, tiba2 dia meletop! Wooooo! Nasib baik aku tak meletup sekali, mother board je meletup. Da mother meletup, jangan haraplah anak2 dia terselamat. Aku cuba bawa pergi baiki, Cina tu cakap baik beli baru, nak ganti motherboard pun RM800++. Lagipun tu model lama, orang tak guna da -_-''

Makanya, aku beli la yang aku pakai sekarang ni. Tapi aku asyiklah cakap rindu laptop lama. Sampai sekarang aku simpan lagi jasadnya. Mana tahu 1 hari nanti aku ada muzium sendiri, boleh letak laptop tu, caption 'laptop pertamaku'. Begitu.

Aku tak tahulah laptop ni dengki ke cemburu ke apa. Baru berapa bulan pakai hard disk rosak. Nasib baik ada warranty lagi. Sebulan jugak dia masuk hospital. Baru je ambil dari workshop, esoknya screen retak. Retak seriiibuuuuuu haatiku, bila mengenangkan duitku bakal melayangg. Sabar je la. 

Ros cakap kat aku 'Kau kena tunjuk kasih sayang kat laptop baru, baru dia tak merajuk da' hahaha aku rasa aku da cukup sayang, selalu gak lap2 dia. Biasala tu teringat benda lama kadang2. Benda lama memang akan dirindu. We miss when we lost it.

Rupanya nak move on dari barang lagi susah dari nak move on dari manusia. Yela, barang tak pernah menyakitkan hati kita, manusia semedang je menyakitkan hati, tu senang sikit nak move on. Eh? haha

Laptopku, aku sayang kau la. Aku cerita pasal laptop lama ni, jangan lah merajuk pulak. Aku beli tab nanti baru tau! haha

2 comments:

  1. laptop baru2 sekarang ni memang cepat rosak la. aku pun tak tahu kenapa. aku guna lappy aku ni dr asasi, baru sekali kena format n sekali tukar LCD. nak pakai sampai bercucu la nanti

    ReplyDelete
  2. agaknye weh. rupe je gempak, quality down! sbr je la. antik punye gak terbaik wpun berat nk mmpus kiki

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance