Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 27 August 2012

Banyak yang aku lupa

Kadang2 aku terlupa untuk bersyukur 
Kurang perkataan Alhamdulillah meluncur dari bibir

Waktu aku degil cakap mak ayah, aku lupa ada yang tak pernah langsung rasa kasih sayang mak dan ayah
Waktu aku malas nak berjalan, aku lupa pada yang tiada upaya untuk berjalan
Waktu lapang, aku biar berlalu begitu saja, aku lupa mungkin maut sedang mengejar aku
Waktu aku bergaduh dengan adik2, aku lupa pada yang dilahirkan sebagai anak tunggal
Waktu aku nikmati nikmatnya sihat, aku lupa pada yang tengah struggle untuk hidup
Waktu aku habiskan duit tak tentu pasal, aku lupa pada yang hidup merempat
Waktu aku malas belajar, aku lupa pada yang pandai tapi tak berkemampuan

Banyaknya yang aku lupa yaAllah. Temani lah perjalanan hidupku, pandulah aku. Jangan jadikan aku manusia yang lalai. Ameen.

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance