Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 28 August 2012

2weeks part time job

Tak pasal2 2minggu sebelum bukak sem aku dapat kerja yang aku tak mintak haha. Paksu mintak tolong jaga kedai dia sementara ada sisa cuti aku ni dan sementara dia nak dapatkan pekerja baru, tolong yang berbayar hehe. Kerja part time aku dulu lepas SPM.

Lama da aku tak buat kerja2 tu, dalam 2tahun ++ ada. Makanya aku da lupa nak design itu ini. Tadi design kad kahwin, bahagian peta rasa paling langsi sekali. Pakai cermin tukang baik jam pun tak tentu jalan aku lurus lagi. Tapi aku berada di jalan yang benarrrrr haha. Nasib korang la kalau dapat peta jalan macam ular kena palu kuikuikui.

Sakit tulang belakang aku, asyik duduk je. Selama ni kat rumah selalu je aku baring2. Sekali kena buat kerja duduk, ada kerusi yang takde penyandar pulak tu, homakkkaii mahu jadi nenek2 si bongkok 3 minggu depan. Bukan senang kerja sorang2 ni, semua aku kena buat. Ambil order, design, print, potong, tampal, lipat. Kalau satu order 2 3 takpe, ni main ratus2 je. Kalau main ribu memang aku tinggal je kedai tu pergi makan KFC haha

Aku duduk depan komputer je la, takpun duduk dekat meja kerja. Orang sekeliling tu ramai yang kenal aku, aku tak berapa kenal dorang, takde masa beramah mesra, senyum2 kambing je la hee.

Pagi2 lepas Subuh aku baring2, then mandi nak pergi kerja. Kerja sampai pukul 6 lebih. Sampai rumah beramah mesra kejap dengan ahli keluarga. Lepas maghrib kemas bilik la, lipat baju la. Pastu curi masa kejap tengok TV, tapi time ni mesti rasa lemau gila. Bila da giveup, pergi mandi, lepas Isya terus ke Dreamland. Sebab tu sekarang nak scroll FB dengan twitter pun aku malas. Baru kerja part time, kalau kerja betul nanti nampak gayanya kena la breakfast makan besi, lunch makan dawai. T___T

Aku ni selagi amanah yang orang bagi kat aku tak selesai, aku tak senang duduk. Sebab tu la sakit macam mana pun pinggang aku, berpinar macam mana pun mata, aku gigih jugak nak siapkan. Produktif tak? haha.

Ok la pekerja berdedikasi nak tidur dulu. Haha. Bismikallah humma ahya wa'amut.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance