Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 21 August 2012

1st raya 2012

Hari raya pertama, macam biasa balik Sungai Siput dulu. Bersalam-salaman, keinsafan sikit sebab sedar banyak dosa. Masa salam pah, lepas aku mintak maaf kat pah, pah cakap 'pah pun mintak maaf, selalu marah korang'. Terus aku jawab 'eh mana pernah pah marah'. Then semua gelak. Aku tak faham kenapa. Betul la, pah mana pernah marah aku, aku kan cucu yang taat hihi.

Lepas tu bergambar sakan, macam biasa Ayah tak bergambar, dia tak suka, dia kan hispter. Eh? haha. Aku perasan aku ni tak berapa into dengan makanan2 tradisional raya. Macam lemang, nasi impit, rendang, biskut2. Aku kene menjadi perintis mengubah semua ni. Mampus kena buang negara dengan Dato Rais Yatim haha.

Then ada 8 orang cousins aku yang aku tak berapa kenal (boleh kata tak kenal langsung) datang. Ni cucu tok dengan nenek lain, dorang balik setahun sekali, memang tak la aku nak ingat. Tiba2 da ada yang nak kahwin, yang da ada anak pun ada. Dorang 7 laki, sorang perempuan. Jumpa tengah jalan sumpah aku tak tahu dorang sepupu aku. Ada sorang tu belajar kat UK, hamboi balik2 terus rambut pun warna orang sana. Aku ingat tiba2 ada penyakit albino. HAHA

Ok la nak sambung kutip duit beraya. Untung ada adik tinggi, orang pun ingat aku sekolah lagi huehuehue. Sementara nak tunggu entri lain, tataplah gambar2 raya hamba dulu ;p

Ini aku. Kenal tak?

Ini adik aku. Bukanlah beriman sangat. Tu cahaya dari luar

Ini makcik aku

Ini pun MAKCIK aku haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance