Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 26 July 2012

sembang sorang2 #4

Tadi aku pergi hantar sepupu aku masuk sekolah baru dia. Kebetulan time tu waktu rehat budak tahap 1. MasyaAllah, dorang punya menderu keluar dari kelas macam lari dari tsunami. Kecik2 je semua, yang laki tie da sampai lutut hahaha. Masa nak balik, aku lalu kat kelompok2 dorang. Ada yang atas pentas, main kejar2, main golek2, celup kasut dalam becak, tengah panjat tiang bendera. Puasa ke tak budak2 ni? Sahur pukul 9 pagi apa?

Ayah cerita, kawan dia sembang dengan sorang perempuan, bekas pakar bedah.

Perempuan : Saya da berhenti
Kawan : Kenapa? Sayang tu
Perempuan : Suami suruh. Dalam hidup ni pertama saya taat pada Allah, kedua pada Rasul, ketiga pada suami. Alhamdulillah, lepas berhenti baru Allah bagi rasa nikmat berkeluarga kat saya.

Gulp! Kalau korang sanggup? Gaji cecah puluh ribu da tu. Bukan pakar hospital kerajaan, swasta rasanya. Tu la beza orang beragama dengan yang takde pedoman hidup kan? Orang taat pada agama ni tahu apa dia nak dalam hidup, tahu tujuan hidup dia. Kalau aku mahu buat gaduh dulu agaknya. T___T

Hari ni puasa ke berapa ae? ha 5. Bagus! Sendiri tanya, sendiri kira, sendiri jawab. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tadi aku pergi tarawikh. Aku tabik dengan mak ayah yang nak ajar anak solat dari kecil. Comel je tengok budak2 laki berkumpul dekat saf yang disediakan untuk kanak2. Ada yang berjubah, berserban siap haha. So comel. Kalau time amin tu, suara dorang je la yang dengar haha.

Tapi aku tak berapa setuju dengan yang bawa baby. Bukan apa, baby kot. Apa la dia tahu. Time dia diam ok, time dia meraung, aku rasa imam pun mengelabah kat depan tu. Nak je aku ajar cara solat sambil dukung baby. Tapi aku kahwin pun belum, tak kan nak ajar mak orang? hoho

Sebab tu aku fikir, ada masa time bujang ni, kuat lagi, eloklah pergi berjemaah. Da tua, risau sakit lutut la, apa la. Kita tak tahu kan? Mati tahun depan ke? Tak sempat nak Ramadhan lagi sekali ke. Kalau da ada anak nanti, duduk je la kat rumah, tunggu suami balik tarawikh, pastu suruh dia pulak jaga anak. Keadaan menyebabkan kita terpaksa solat sendiri2 kat rumah. Kita? Sejak bila aku masuk dalam korum perempuan berkeluarga? Ok Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance